Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 31 pelajar B40 lepasan SPM 2024 terima sumbangan pendidikan
  • Utara
  • WILAYAH

31 pelajar B40 lepasan SPM 2024 terima sumbangan pendidikan

Utusan Sarawak 2 weeks ago
TERIMA KASIH… Pelajar bersama ibu bapa merakam gambar kenangan bersama Henry Sum Agong dan Awang@Ibrahim.

LAWAS: Seramai 31 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 daripada keluarga B40 menerima sumbangan pendidikan ke pelbagai institusi pengajian tinggi daripada Pusat Khidmat Parlimen Lawas hari ini.

Sumbangan ini disampai sendiri oleh Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong di pejabatnya di Lawas hari ini.

Henry Sum turut memohon pelajar-pelajar ini untuk memberi sepenuh tumpuan kepada pelajaran di peringkat universiti untuk dapat kembali berkhidmat di Lawas dan Sarawak khususnya.

“Ini penting kerana Sarawak ini khususnya Lawas bakal melalui perubahan besar atas usaha keras kerajaan GPS dan pimpinan di Lawas khususnya Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Banyak projek mega sudah dan akan dimulakan tahun ini antaranya lapangan terbang baharu Lawas, pelabuhan laut dalam Lawas, rangkaian jalan raya perhubungan Sabah-Sarawak tanpa melalui negara Brunei.

SUNTIK MOTIVASI… Dhaniya Danisha Idris menerima sumbangan pendidikan daripada Henry Sum sambil disaksikan oleh Awang@Ibrahim dan (kiri) Singa Siran.

Ini diikuti Lebuh Raya Pesisir Utara Sarawak, Maktab Rendah Sains MARA dan banyak lagi.

Semua peluang ini harus direbut oleh anak-anak Lawas dalam bidang pekerjaan yang ditawarkan,” katanya pada majlis berkenaan.

Pada masa yang sama Henry Sum Agong menuntut semua rakyat untuk meningkatkan kerjasama dan perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di wilayah Sarawak.

“Hanya melalui semangat perpaduan, tileransi antara kaum dan agama saja dapat memastikan usaha membangunkan Sarawak dapat diberi sepenuh tumpuan.

“Itu penting untuk membuka banyak ruang dan peluang untuk generasi hari ini dan akan datang meningkatkan kehidupan kita di Sarawak,” ujarnya.

Turut hadir Setiausaha Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Cawangan Bukit Sari Awang@Ibrahim Ahmad yang juga Pengerusi Biro Pendidikan PBB Cawangan Bukit Sari Lawas, ketua-ketua masyarakat dan ibu bapa pelajar yang terlibat.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MPS tamatkan kontrak penyelenggaraan Zon 4 berkuat kuasa 1 Oktober
Next: APM tangkap ular pelangi sejengkal di Taman Desa Pebahanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.