Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MPS tamatkan kontrak penyelenggaraan Zon 4 berkuat kuasa 1 Oktober
  • Tengah
  • WILAYAH

MPS tamatkan kontrak penyelenggaraan Zon 4 berkuat kuasa 1 Oktober

Utusan Sarawak 2 weeks ago
MPS memandang serius prestasi kontraktor kerana ia memberi kesan langsung terhadap imej, kebersihan dan kualiti hidup di bandar ini.

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) menamatkan kontrak syarikat penyelenggaraan bagi Zon 4 yang meliputi kawasan Jalan Alan, Lanang, Upper Lanang, Sukun dan Pulau Li Hua berkuat kuasa pada 1 Oktober ini.

MPS menerusi kenyataan medianya hari ini memberitahu, keputusan itu dibuat selepas audit ke atas kerja-kerja menyapu jalan, memotong rumput dan pembersihan longkang oleh kontraktor berkenaan menunjukkan prestasi yang tidak memuaskan.

“Prestasi kontraktor diambil serius kerana ia memberi kesan langsung terhadap imej, kebersihan dan kualiti hidup di bandar ini.

“Mana-mana kontraktor yang gagal memenuhi piawaian ditetapkan berisiko ditamatkan perkhidmatan dan boleh disenarai hitam sehingga tiga tahun,” tegas kenyataan itu.

Buat sementara waktu, kata kenyataan itu, MPS telah melantik kontraktor baharu bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan. 

“Tender baharu bagi kontrak penyelenggaraan 2026 juga akan dipanggil tidak lama lagi,” ujar kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai aduan boleh menghubungi SMC Care di talian: 019-8179297 atau terus kepada kontraktor sementara iaitu Mepa Jaya (019-8773548) untuk kawasan Lada, Sukun dan Pulau Li Hua, serta Jaya Conctruction (019-8983709) untuk kawasan Jalan Alan hingga Jalan Temedak.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM300,000 diperuntukkan baik pulih, naik taraf pili bomba
Next: 31 pelajar B40 lepasan SPM 2024 terima sumbangan pendidikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.