Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 21 rumah di Long Jegan A rosak dilanda ribut petir dan angin kencang
  • Utara
  • WILAYAH

21 rumah di Long Jegan A rosak dilanda ribut petir dan angin kencang

Utusan Sarawak 3 days ago
BUMBUNG TERCABUT… Bumbung dari 21 pintu Kampung Long Jegan A tercabut akibat angin kencang dan ribut petir. Foto APM Beluru

BELURU: Sebanyak 21 pintu rumah di Kampung Long Jegan A mengalami kerosakan selepas bumbung tercabut akibat ribut petir dan angin kencang yang melanda kawasan itu petang semalam. 

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi Lt. (PA) Mirwan Shah Masri berkata Pusat Kawalan Operasi (PKOD) Beluru menerima panggilan kecemasan pada 4.18 petang semalam daripada orang awam mengenai kejadian tersebut.

Menurut  Mirwan kejadian itu berlaku pada 3.36 petang dan sebaik menerima laporan mengenai kejadian tersebut, empat anggota Pertahanan Awam  dari Skuad Alpha daerah Beluru diketuai Pbt. (PA), Gadieng Issau bergegas ke lokasi pada 4.20 petang.

Katanya tiba di lokasi Skuad Charlie berjumpa dengan mangsa untuk mendapatkan maklumat terperinci dan menyerahkan bantuan berupa bakul makanan kepada mangsa yang terlibat.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JKM Beluru agih 306 pek makanan kering kepada mangsa banjir
Next: Ops Buaya Sadong dilaksana di Lubok Punggor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.