Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pulangan penyasaran subsidi akan dinikmati rakyat – PM Anwar
  • NASIONAL

Pulangan penyasaran subsidi akan dinikmati rakyat – PM Anwar

Utusan Sarawak 4 days ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Kerja Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi Bulan Sept 2025 di Dewan De ‘Seri Endon Puspanitapuri hari ini. Foto Bernama

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata pulangan hasil daripada pelaksanaan penyasaran subsidi akan disalurkan semula kepada rakyat dengan keutamaan diberikan kepada sektor pendidikan, kesihatan dan penambahbaikan prasarana asas.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata langkah penyasaran subsidi diesel misalnya membolehkan kerajaan melaksanakan pemberian penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM100 kepada rakyat Malaysia.

“Kita mampu memberikan hasil balik kepada rakyat seperti penghargaan SARA… walaupun RM100, implikasi kewangan kepada negara itu RM2 bilion… ini dapat dilakukan kerana penyasaran subsidi minyak diesel dahulu.

“Sekarang penyasaran subsidi naik sedikit untuk bukan warganegara (tetapi) turun bagi rakyat, dan tentunya hasil pulangan itu akan kembali kepada rakyat seperti (mereka yang terkesan akibat) banjir yang menyebabkan banyak kerosakan termasuk di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, cerun, klinik dan sekolah yang terjejas teruk serta perlu dibangunkan semula. 

“Ini merupakan beban baharu yang kita harus manfaatkan daripada dana ini untuk bantu rakyat terjejas dan tumpuan kita masih dalam bidang pendidikan, kesihatan dan prasarana asas,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Perdana Menteri juga berharap rakyat dapat menerima langkah berani kerajaan dalam melaksanakan penyasaran subsidi dengan hati yang terbuka demi kepentingan dan pembangunan negara. 

“Jadi terimalah dengan baik… mudah-mudahan kita bersyukur kepada Allah SWT kerana negara aman, ekonomi masih bertahan, rakan-rakan penjawat awam (berperanan) dengan baik, dan kita mampu memberikan hasil balik kepada rakyat,” katanya.

Terdahulu, Anwar mengumumkan harga petrol RON95 dikurangkan kepada RM1.99 seliter berbanding RM2.05 seliter kepada warganegara Malaysia, yang berkuat kuasa 30 Sept ini melalui penyasaran subsidi di bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

-BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Harga RON95 turun RM1.99 seliter kepada rakyat Malaysia bermula 30 September – PM Anwar
Next: BUDI95: Rakyat Malaysia layak terima siling kelayakan hingga 300 liter sebulan – MOF

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.