Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dua Projek RTP 2025 diluluskan untuk Rumah Melakus
  • Utara
  • WILAYAH

Dua Projek RTP 2025 diluluskan untuk Rumah Melakus

Utusan Sarawak 5 days ago
TERIMA KASIH…Datuk Rosey Yunus menerima cenderahati daripada Tr. Melakus pada kunjungan ke Rumah Panjang Tiris, Bekenu, semalam.

BEKENU: Kerajaan Sarawak telah meluluskan dua Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2025 untuk Rumah Panjang Melakus Enteri, Sungai Tiris, membabitkan pembinaan dua jambatan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Rosey Yunus, berkata walaupun projek baharu telah diluluskan, terdapat beberapa projek RTP 2023 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu yang masih belum dilaksanakan.

Menurutnya, kelewatan pelaksanaan projek RTP 2023 berpunca daripada beberapa isu teknikal melibatkan agensi pelaksana, termasuk masalah berkaitan status tanah, laluan jalan dan sungai.

“Untuk makluman, setiap DUN diberikan peruntukan tahunan sebanyak RM5 juta dalam bentuk projek, dan bukannya dalam bentuk tunai. Pada penghujung 2025, satu mesyuarat akan diadakan bagi membincangkan cadangan projek untuk 2026,” katanya ketika lawatan ke Rumah Panjang Melakus, petang semalam.

Rosey juga menjelaskan bahawa tidak semua permohonan daripada penduduk Rumah Melakus dapat diluluskan kerana peruntukan yang terhad.

“Saya menyarankan agar Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Rumah Melakus mengenal pasti dan mengutamakan permohonan yang paling perlu bagi manfaat bersama,” ujarnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa peruntukan sebanyak RM3,000 disediakan untuk Biro Wanita rumah panjang melalui Projek Kecil Luar Bandar (MRP), manakala JKKK disaran untuk menubuhkan Biro Belia bagi membimbing golongan muda menganjurkan aktiviti dan program di peringkat komuniti.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Ketua Gerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bekenu, Kaunselor Hadijah Sheikh Kasim, Penghulu Ahmad Zaini, Ketua Kampung Edwin serta Tuai Rumah Melakus Enteri.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Sumbangan disalur, mangsa banjir di Marudi terus diberi perhatian
Next: Landas Cahaya Helang Tasik rangkul gelaran ‘Raja Sungai’ Regata Benak 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.