Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Toh Puan Fauziah rasmi Kejohanan Boling PERKEP Kontinjen Sarawak 2025
  • SUKAN

Toh Puan Fauziah rasmi Kejohanan Boling PERKEP Kontinjen Sarawak 2025

Utusan Sarawak 3 weeks ago
TOH Puan Fauziah menghadiri Kejohanan Boling Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Sarawak 2025 di Megalanes Emart, Batu Kawa pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

KUCHING: Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah menghadiri Kejohanan Boling bertemakan ‘Kembali ke Sekolah’ anjuran Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Sarawak 2025 di Megalanes Emart, Batu Kawa pagi tadi.

Ketibaan Toh Puan Fauziah disambut oleh Pengerusi PERKEP Kontinjen Sarawak, Datin Jennita William bersama Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Sarawak, Faisha Ishak serta barisan Ahli Jawatankuasa PERKEP.

Kejohanan yang disertai oleh 13 pasukan dimulakan dengan balingan pertama Toh Puan Fauziah sebagai simbolik perasmian. Pertandingan berlangsung meriah dan menyaksikan Pasukan Pin Head muncul sebagai juara kejohanan setelah beraksi cemerlang menewaskan pasukan lain.

TOH Puan Fauziah menghadiri Kejohanan Boling Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Sarawak 2025 di Megalanes Emart, Batu Kawa pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

Toh Puan Fauziah menzahirkan penghargaan kepada pihak penganjur serta mengucapkan tahniah kepada semua peserta atas semangat kesukanan, kerjasama dan kekitaan yang ditonjolkan sepanjang kejohanan berlangsung.

Toh Puan Fauziah turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat bersara kepada Datin Jennita yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai Pengerusi PERKEP Kontinjen Sarawak pada 29 September ini, berikutan persaraan wajib suami beliau, Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato’ Mancha Ata.

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Masters China: Tang Jie- Ee Wei mara ke separuh akhir
Next: Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir Masters China, Pearly-Thinaah terkandas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.