Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Wanita luar bandar pemacu kemajuan desa progresif
  • TEMPATAN

Wanita luar bandar pemacu kemajuan desa progresif

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATUK Rubiah Wang bersama tetamu kehormat menyampaikan sijil penghargaan penyertaan kepada wakil peserta pada Seminar Kepimpinan Wanita Luar Bandar 2025 di Hotel Imperial Kuching, hari ini. Foto Adele Rissa 

KUCHING: Wanita luar bandar kini diiktiraf sebagai pemimpin yang menjadi tonggak kepada kemajuan desa progresif dan inklusif, kata Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang.

Menurutnya, peranan wanita semakin menyerlah dalam pelbagai bidang termasuk pertanian, pendidikan, kesihatan dan keusahawanan.

“Wanita adalah pemimpin yang mungkin tidak selalu kelihatan tetapi peranan mereka amat penting dalam kemajuan komuniti. 

“Potensi besar wanita luar bandar tidak boleh diabaikan, sebaliknya harus diberi ruang untuk berkembang dan menjadi pembuat keputusan,” katanya ketika berucap merasmikan penutupan Seminar Kepimpinan Wanita Luar Bandar 2025 di Hotel Imperial Kuching, hari ini.

DATUK Rubiah Wang berucap ketika merasmikan penutupan Seminar Kepimpinan Wanita Luar Bandar 2025 di Hotel Imperial Kuching, hari ini. Foto Adele Rissa 

Seminar anjuran Institut Kemajuan Desa (INFRA) Cawangan Sarawak itu menghimpunkan hampir 300 peserta dari Kuching, Samarahan, Serian dan Sri Aman dengan tema ‘Wanita Inklusif, Desa Progresif’.

Rubiah berkata, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) terus memberi tumpuan memperkasa wanita luar bandar melalui pelbagai inisiatif termasuk latihan kemahiran, sokongan keusahawanan serta peluang kepimpinan di peringkat akar umbi. 

Tahun ini sahaja, lebih 1,300 wanita dari seluruh negara menerima manfaat program berkenaan dengan lebih 400 peserta daripada Sarawak.

Beliau menambah wanita luar bandar juga perlu didedahkan dengan maklumat baharu sejajar dengan perkembangan teknologi khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta kecerdasan buatan (AI).

Rubiah menegaskan, seminar yang berlangsung sehari itu bukan sahaja platform untuk menimba ilmu tetapi juga ruang untuk memperkukuh jaringan sokongan sesama wanita luar bandar agar mereka dapat melangkah ke hadapan dengan lebih yakin.

“Wanita luar bandar adalah tulang belakang pembangunan negara. Kejayaan Malaysia MADANI tidak akan tercapai tanpa peranan mereka yang menjadi pemacu kemajuan desa,” ujarnya.

Seminar berkenaan turut membincangkan topik berkaitan kesejahteraan mental, personaliti dan ketrampilan wanita, selain hak wanita dalam undang-undang keluarga termasuk isu nafkah, harta sepencarian dan keganasan rumah tangga.

Oleh Adele Rissa

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Refrigerator donated to support SGH Oncology Department
Next: PKMS lancar pembinaan dewan serbaguna lebih RM20 juta, dijangka siap Mac 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.