Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Eksklusif: Saya ingin cucuk mata buaya, cuba tarik anak saya tapi ia terlalu besar, ganas – Bapa mangsa
  • TEMPATAN

Eksklusif: Saya ingin cucuk mata buaya, cuba tarik anak saya tapi ia terlalu besar, ganas – Bapa mangsa

Utusan Sarawak 6 hours ago
SEDIH… Sudin, bapa mangsa serangan buaya menceritakan detik cemas ketika anaknya diserang buaya. Foto Norman B

KOTA SAMARAHAN: “Saya ingin mencucuk mata buaya itu, tapi tidak dapat. Saya sempat bergelut, cuba menarik mulut buaya untuk melepaskan anak saya tapi ia terlalu besar, terlalu ganas.

“Sedihnya, saya sempat memegang kepala anak saya sebelum dia dibawa pergi. Saat itu, hanya doa mampu saya panjatkan kepada Tuhan,” kata Sudin, bapa mangsa yang masih trauma mengenang detik cemas anaknya diragut di depan mata.

Kata-kata itu bagaikan sembilu yang menghiris jiwa, menggambarkan kepedihan seorang ayah melihat depan mata anaknya dibaham buaya namun tewas menjadi mangsa sang pemangsa. 

Ahmad Alzadkhri Sudin, 32 tahun, masih belum ditemui selepas dipercayai dibaham buaya ketika menyelam di sungai Kampung Lubok Punggor pada Isnin lalu.

Hari ini genap empat hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan oleh pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan, bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM). Namun, sebarang tanda-tanda mengenai keberadaan Ahmad masih belum muncul.

Lubok Punggor kini tidak lagi seperti dahulu. Sungai yang tenang menjadi saksi tragedi, manakala di tebingnya, penduduk hanya mampu termenung panjang, merenung air yang membisu.

MUNAH Lasid tidak dapat menahan sebak. Foto Norman B

Bagi ibunya, Munah Lasid, walau hatinya sudah reda, harapannya masih belum padam.

“Ahmad seorang anak yang taat, penyayang. Naluri seorang ibu tetap kuat, tapi saya serahkan kepada ketentuan Ilahi. Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya. Saya mohon agar anak saya dapat dibawa pulang walau bagaimana sekalipun,” ujarnya dalam tangisan.

Hari berganti hari, penantian kian panjang. Doa dan air mata menjadi teman setia keluarga Ahmad, dengan satu harapan yang tidak pernah padam agar anak yang diragut sang pemangsa pulang semula, walaupun sekadar untuk perpisahan terakhir.

MUNAH Lasid tidak dapat menahan sebak. Foto Norman B

Dalam sendu yang sukar ditahan, ibunya merintih lagi, “Walau tinggal secebis daging sekali pun, biarlah saya dapat melihat anak saya untuk tatapan kali terakhir. Itu saja yang saya pinta sebagai seorang ibu.”

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kursus kraf tangan galak penjanaan pendapatan, satukan masyarakat
Next: Eksklusif: Aiman sepatutnya hadir khatam al-Quran, baju sudah ditempah sebelum jadi korban buaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.