CONNIE CHIENG
KUCHING: Seorang polis peronda cedera mengalami patah kaki dan pergelangan tangan setelah dilanggar sebuah Mercedes petang semalam kira-kira jam 1 petang di hadapan hospital Timberland.
Ketua Trafik Sarawak, DSP Alexson Naga Chabu berkata, pemandu berusia 70 tahun itu dalam perjalanan menuju ke Kuching dari Laksamana Cheng Ho ketika masuk ke laluan polis yang bertugas.
Polis berusia 34 tahun yang bertugas di Unit Rondaan Bermotosikal IPD Kuching telah berkhidmat selama 12 tahun bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kemalangan itu menyebabkan beliau terjatuh ke tepi jalan. Anggota bomba tiba di tempat kejadian dan segera membawa ke Hospital Umum Sarawak manakala pemandu berkenaan telah dibawa untuk disoal siasat.