Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Muzium baharu bakal dibina dalam tempoh lima tahun – Premier Sarawak
  • TEMPATAN

Muzium baharu bakal dibina dalam tempoh lima tahun – Premier Sarawak

Utusan Sarawak 19 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, melawat pameran pelajar di Muzium Budaya Borneo sempena program Bermalam di Muzium, hari ini. Foto Adele Rissa 

KUCHING: Muzium baharu yang berfokus kepada sejarah pemerintahan serta pentadbiran Sarawak bakal diwujudkan melalui pengubahsuaian sebuah bangunan yang akan diumumkan kelak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, muzium itu akan menelusuri perjalanan pentadbiran negeri bermula daripada era Kesultanan Brunei, pemerintahan keluarga Brooke selama satu abad, zaman kolonial hinggalah kepada pembentukan Malaysia.

“Muzium ini turut dirancang untuk dihubungkan dengan sebuah arkib baharu yang akan menyimpan rekod sejarah Sarawak meliputi aspek ekonomi, budaya dan kesinambungan negeri.

“Memandangkan muzium ini berasaskan kajian fakta, proses penyelidikan yang teliti perlu dijalankan terlebih dahulu, termasuk mengkaji hubungan sejarah Sarawak dengan Brunei. Atas sebab itu, kita menjangka ia hanya dapat direalisasikan dalam tempoh lima tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Program Bermalam di Muzium 2025 yang berlangsung di Auditorium Muzium Budaya Borneo di sini, hari ini.

Tambah beliau, kewujudan muzium baharu ini kelak akan memperkukuh rangkaian muzium sedia ada seperti Muzium Budaya Borneo, Muzium Sejarah Semula Jadi serta muzium bertema khusus di beberapa daerah lain yang menjadi sebahagian daripada jejak warisan Sarawak.

Oleh Amanda L dan Adele Rissa

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak komited pembangunan hijau, sasar pelepasan karbon sifar menjelang 2050
Next: 21,800 bola terumbu dilabuhkan, Sarawak cipta rekod dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.