Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pasukan Trassmerah Kabong terpilih mewakili Sarawak ke Sukan Borneo 2025
  • SUKAN

Pasukan Trassmerah Kabong terpilih mewakili Sarawak ke Sukan Borneo 2025

Utusan Sarawak 9 hours ago
PASUKAN Trassmerah dari Kabong bakal beraksi di pentas tertinggi di temasya Sukan Borneo 2025 pada 24 hingga 28 September nanti. Foto: Trassmerah Kabong

KABONG: Pasukan tarik tali Trassmerah dari Kabong mencipta sejarah tersendiri apabila terpilih mewakili Sarawak ke Sukan Borneo 2025 yang dijadual berlangsung pada 24 hingga 28 September ini.

Pengurus pasukan, Mohamad Arbi Rosli berkata, perkhabaran gembira itu diterima pihaknya petang semalam daripada Majlis Sukan Negeri (MSN) Sarawak yang mengesahkan penyertaan rasmi pasukan tersebut.

Menurut beliau, pemilihan itu merupakan satu penghargaan besar bukan sahaja kepada pasukan Trassmerah malah kepada seluruh komuniti Kabong yang selama ini memberikan sokongan padu.

“Walaupun tawaran ini datang pada minit akhir, kami dari pasukan Trassmerah bersedia menyahut cabaran dan akan berusaha sebaik mungkin untuk mengharumkan nama Sarawak di pentas Sukan Borneo itu nanti,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak.

Mohamad Arbi menegaskan, penyertaan tersebut akan menjadi titik bersejarah buat pasukan Trassmerah kerana pertama kali diberi peluang menggalas cabaran negeri dalam kejohanan berprestij itu.

“Kami percaya pengalaman ini akan menjadi pemangkin semangat untuk terus memperkukuh pasukan pada masa akan datang, di samping meningkatkan tahap keyakinan atlet-atlet muda dari Kabong,” jelasnya.

Mohamad Arbi turut berharap agar segala urusan berkaitan penyertaan, termasuk logistik dan persiapan akhir pasukan, dipermudahkan serta mendapat sokongan berterusan daripada semua pihak bagi memastikan Sarawak mampu muncul cemerlang dalam kejohanan tersebut.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Chelsea lepas peluang terajui EPL
Next: Speedy Tigress bangkit belasah Singapura 8-1

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.