Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Makanan haiwan, kacang soya mentah dikecualikan cukai jualan  
  • BISNES

Makanan haiwan, kacang soya mentah dikecualikan cukai jualan  

Utusan Sarawak 1 day ago
GAMBAR hiasan.

utama dalam penghasilan makanan haiwan, kini dikecualikan daripada cukai jualan atau pada kadar sifar sebagai langkah memastikan kestabilan harga barangan makanan asas seperti ayam, telur dan daging.

Ketika mengumumkannya hari ini, Kementerian Kewangan (MOF) berkata keputusan itu juga dibuat berdasarkan maklum balas industri bahawa kacang soya merupakan input utama dalam penghasilan makanan haiwan.

Mengikut lampiran MOF, makanan haiwan berkadar sifar cukai jualan adalah jenis yang sesuai untuk penternakan ayam itik, khinzir, udang dan lain-lain (yang tiada dalam senarai).

“MOF mengambil maklum laporan media berhubung pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap bahan mentah makanan haiwan.

“Bagi bahan mentah lain yang turut digunakan dalam formulasi makanan haiwan, MOF sedang meneliti isu ini secara menyeluruh, termasuk melalui sesi libat urus dan semakan teknikal bersama pihak berkepentingan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut MOF, Kerajaan MADANI kekal tekad untuk memastikan dasar percukaian yang lebih adil, mampan dan menyokong daya saing sektor penternakan negara.

-Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: X-Fab labur RM3 bilion tambah kapasiti pengeluaran semikonduktor di Sarawak
Next: Ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.