Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Keyakinan global terhadap Sarawak terserlah menerusi pengembangan X-FAB
  • TEKNOLOGI

Keyakinan global terhadap Sarawak terserlah menerusi pengembangan X-FAB

Utusan Sarawak 2 days ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berucap ketika merasmikan X-FAB Sarawak 40K Fab Expansion di Sama Jaya High Tech Park, hari ini. Foto JAPEN

KUCHING: Pengembangan fasiliti X-FAB Sarawak bernilai RM3 bilion membuktikan keyakinan kukuh pelabur antarabangsa terhadap kemampuan negeri ini sebagai hab industri semikonduktor dan teknologi tinggi.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata pengembangan tersebut meningkatkan kapasiti pengeluaran wafer X-FAB Sarawak daripada 30,000 keping kepada 40,000 keping sebulan, dengan rancangan masa depan untuk mencecah 50,000 keping.

“Peningkatan kapasiti ini akan menyokong pelbagai aplikasi termasuk automotif, perubatan, sistem industri, komunikasi dan produk pengguna.

“Lebih membanggakan, 98 peratus tenaga kerja X-FAB Sarawak adalah rakyat Malaysia, dan hampir 95 peratus daripadanya merupakan anak Sarawak,” katanya ketika merasmikan X-FAB Sarawak 40K Fab Expansion di Sama Jaya High Tech Park, di sini hari ini. X-FAB adalah peneraju global dalam pembuatan semikonduktor analog.

Majlis tersebut turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Abang Johari berkata keyakinan X-FAB terhadap Sarawak mencerminkan hasil dasar yang konsisten, kerjasama jangka panjang serta tekad rakyat negeri ini membina industri berdaya saing global.

Beliau menegaskan, industri semikonduktor di Sarawak kini menjadi pemacu ekonomi utama dengan lebih 15,000 pekerjaan dicipta di Zon Perindustrian Bebas Sama Jaya.

Premier menambah, kerajaan negeri menyediakan kadar tarif air dan elektrik yang kompetitif dengan tenaga boleh diperbaharui iaitu hidroelektrik, sekali gus menambah keyakinan pelabur global terhadap agenda pertumbuhan hijau Sarawak.

“Keupayaan Sarawak membekalkan tenaga hijau pada kos berdaya saing menjadikan negeri ini rakan strategik semula jadi untuk pelaburan berimpak tinggi seperti X-FAB,” ujarnya.

Beliau turut mengumumkan pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma mulai tahun depan di institusi pengajian tinggi milik Sarawak, dengan penekanan kepada bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta kursus profesional.

Beliau turut menggariskan hala tuju Sarawak Semiconductor Roadmap 2030 yang antara lain menyasarkan pelaburan melebihi RM2 bilion, kerjasama dengan lebih 10 peneraju industri global, penciptaan lebih 3,000 pekerjaan berkemahiran tinggi, pembangunan cip baharu serta latihan graduan tempatan melalui program pembangunan bakat.

Selain itu, SMD Semiconductor Sdn. Bhd., syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sedang menubuhkan Pusat Integrasi Cip Termaju SMD di Sama Jaya, hasil kerjasama dengan Aplikasi Semikonduktor Majmuk (CSA) Catapult dan Kerajaan Wales.

“Fasiliti ini akan memperkukuh keupayaan tempatan dalam reka bentuk, integrasi dan inovasi semikonduktor, serta meletakkan Sarawak sebagai peneraju kompetitif dalam industri semikonduktor negara,” jelasnya.

Premier turut memaklumkan, Sarawak kini bekerjasama dengan X-FAB Dresden di Jerman, Cambridge Microelectronics dan CSA Catapult bagi membangunkan cip semikonduktor berasaskan Gallium Nitride (GaN) yang akan dipindahkan teknologinya ke Kuching dalam jangka panjang.

Beliau berkata, sejak ditubuhkan, SMD aktif membangunkan bakat tempatan dan setakat ini berjaya melatih 50 jurutera serta pereka bentuk berkemahiran tinggi dalam teknologi semikonduktor yang kini berkhidmat di SMD, Melexis dan X-FAB.

“Kerajaan Sarawak juga berharap sokongan padu daripada Kerajaan Persekutuan dalam membangunkan ekosistem semikonduktor negeri ini seiring dengan aspirasi Malaysia di bawah Silicon Vision dan National Semiconductor Roadmap,” tambahnya.

Beliau menegaskan, pengembangan X-FAB seiring dengan hala tuju Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang menekankan ekonomi digital, tenaga boleh diperbaharui dan pembuatan berteknologi tinggi sebagai tonggak utama.

Menurut beliau, Sarawak akan terus menyediakan ekosistem kondusif dengan penekanan kepada pembangunan infrastruktur, tenaga kerja berkemahiran tinggi, bekalan tenaga yang stabil dan inovasi, agar negeri ini kekal sebagai destinasi utama pelaburan berimpak tinggi di rantau ini.

“Saya yakin dengan sokongan berterusan daripada Kerajaan Persekutuan khususnya Perdana Menteri, Sarawak akan muncul sebagai salah sebuah negeri utama yang membentuk masa depan semikonduktor Malaysia,” katanya.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: RoboClash 2025 pacu minat pelajar ke arah inovasi dan teknologi
Next: Semikonduktor perlukan inovasi berterusan, ketepatan tinggi – Rudi De Winter

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.