Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Anwar terima kunjungan hormat TPM Luxembourg, Xavier Bettel
  • NASIONAL

Anwar terima kunjungan hormat TPM Luxembourg, Xavier Bettel

Utusan Sarawak 2 days ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar dan Perdagangan Luar Luxembourg, Xavier Bettel di Seri Perdana, Putrajaya. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar dan Perdagangan Luar Luxembourg, Xavier Bettel di Seri Perdana, Putrajaya.

Dalam catatan di laman Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan usaha mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

“Kami tekad untuk terus memperkukuh kerjasama dua hala, khususnya dalam bidang perdagangan, pelaburan, kewangan dan logistik,” katanya.

Selain itu, turut dibincangkan mengenai usaha meningkatkan kerjasama melalui rangka Kesatuan Eropah demi manfaat bersama.

Perdana Menteri berkata pertemuan itu turut menjadi medan bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa, termasuk peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN serta situasi di Asia Barat, khususnya Palestin.

Kunjungan Bettel ke Malaysia merupakan lawatan sulung beliau ke negara ini sejak dilantik ke jawatan itu pada 2023.

-BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Ancaman LNG Bintulu: SMS daripada nombor telefon berdaftar di Indonesia – Fadillah
Next: SPRM anjur mesyuarat ASEAN PAC ke-21 bermula 28 Oktober

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.