Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Sarawak-SG Friendship AI Vibe Design Hackathon raikan inovasi rentas sempadan
  • TEKNOLOGI

Sarawak-SG Friendship AI Vibe Design Hackathon raikan inovasi rentas sempadan

Utusan Sarawak 2 days ago
DATO Gerald Rentap Jabu merakamkan gambar kenangan bersama peserta pada Majlis Penutupan Sarawak-SG Friendship AI Vibe Design Hackathon, di Makeramai Makerspace, hari ini. Foto UKAS 

KUCHING: Sarawak-SG Friendship AI Vibe Design Hackathon melabuhkan tirai dengan majlis penutupan yang diadakan di Makeramai Makerspace Plaza Merdeka hari ini bagi meraikan kreativiti dan inovasi peserta tempatan serta antarabangsa.

Timbalan Menteri Belia Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Gerald Rentap Jabu yang merasmikan majlis itu memuji penganjuran hackathon tersebut kerana berjaya memupuk inovasi kerjasama dan persahabatan rentas sempadan.

“Bagi tempoh yang singkat kita dapat menyaksikan inovasi pada tahap terbaik. Kerjasama rentas budaya dan sempadan amat penting bagi menghadapi cabaran masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penutupan Sarawak-SG Friendship AI Vibe Design Hackathon, di Makeramai Makerspace, hari ini. 

DATO Gerald Rentap Jabu menghadiri Majlis Penutupan Sarawak-SG Friendship AI Vibe Design Hackathon, di Makeramai Makerspace, hari ini. Foto UKAS 

Penganjur, AI Gents of Change AI Visionary Society dan AZAM Sarawak berjaya menghimpunkan kira-kira 40 peserta untuk meneroka penyelesaian berasaskan kecerdasan buatan (AI). 

Majlis penutupan itu turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada tiga pemenang utama pemberian cenderamata kepada barisan hakim serta penyampaian penghargaan kepada tetamu kehormat.

Oleh Amanda L

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: Sacofa jalin kerjasama dengan ZTE modenkan rangkaian di Sarawak
Next: Jejak inovasi sosial platform penting pacu idea komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.