Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Belanda lepaskan deretan peluang depan gol, terikat 1-1 dengan Poland
  • SUKAN

Belanda lepaskan deretan peluang depan gol, terikat 1-1 dengan Poland

Utusan Sarawak 15 hours ago

Saingan antara Belanda dan Poland. Foto AFP

ROTTERDAM, Belanda: Jaringan Matty Cash memastikan Poland membawa pulang satu mata selepas seri 1-1 menentang Belanda dalam aksi kelayakan Piala Dunia Eropah Kumpulan G, awal pagi tadi.

Pemain Aston Villa itu meledak gol penyamaan pada babak kedua walaupun Poland banyak diasak sepanjang permainan.

Belanda harus menyalahkan diri sendiri apabila gagal memanfaatkan deretan peluang di depan gol. 

“Kami cipta banyak peluang pada babak pertama dan sepatutnya boleh mendahului 2-0. Itu pasti lebih mudah buat kami,” kata kapten Belanda, Virgil van Dijk yang kecewa dengan keputusan itu.

Virgil van Dijk 

“Sudah tentu seri di laman sendiri bukan sesuatu yang positif, tapi inilah realitinya,” tambah bintang Liverpool itu.

Keputusan itu menjadikan Kumpulan G semakin sengit apabila Belanda, Poland dan Finland kini berkongsi tujuh mata, meskipun skuad The Oranje kurang satu perlawanan.

Dalam aksi itu, tuan rumah bermula garang dengan pemain Manchester City, Tijjani Reijnders hampir membuka jaringan pada minit ke-12 namun rembatannya terkena tiang.

Tonggak Inter Milan, Denzel Dumfries kemudian memaksa penjaga gol Poland, Lukasz Skorupski melakukan aksi tangkas selepas menanduk bola tinggi di tiang jauh.

Dumfries akhirnya berjaya meletakkan Belanda di depan pada minit ke-28 apabila melonjak mengatasi benteng Poland untuk menanduk masuk hantaran sepakan penjuru Memphis Depay, sekali gus mencetus sorakan padu penyokong tuan rumah.

Bagaimanapun, Poland tidak mengalah apabila Piotr Zielinski hampir menyamakan kedudukan selepas membuat larian separuh padang sebelum rembatan derasnya tersasar sedikit dari gawang.

Belanda menutup babak pertama dengan kelebihan 1-0 dan jurulatih Ronald Koeman pastinya menuntut penyudah lebih klinikal daripada anak buahnya, namun kegagalan mereka dihukum Cash yang menyelamatkan Poland daripada pulang tangan kosong. – AFP

Continue Reading

Previous: Rifqi Rosidi raih emas dan perak di Kejohanan Taekwon-Do
Next: Tang Jie-Ee Wei tidak sertai Terbuka Hong Kong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.