Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Nova bertekad pecah dominasi China dalam beregu campuran
  • SUKAN

Nova bertekad pecah dominasi China dalam beregu campuran

Utusan Sarawak 4 days ago
JURULATIH beregu campuran negara, Nova Widianto

KUALA LUMPUR:  Jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto bertekad memecahkan dominasi China dalam acara beregu campuran sekali gus mengangkat Malaysia sebagai kuasa nombor satu dunia dalam kategori itu.

Namun, beliau mengakui hasrat tersebut bukan sesuatu yang mudah dicapai, sebaliknya memerlukan usaha melahirkan lebih ramai pasangan beregu campuran berkelas dunia sekiranya Malaysia benar-benar mahu mendominasi acara berkenaan.

“Untuk beregu campuran, China masih nombor satu dan kekuatan mereka banyak bergantung kepada pemain wanita.

“Tetapi kejayaan Tang Jie-Ee Wei membuktikan mereka bukan tidak boleh dikalahkan. Dengan kerja keras, kita mampu mencabar mereka,” katanya ketika ditemui semalam.

Nova berkata beliau menyasarkan untuk melahirkan sekurang-kurangnya dua lagi pasangan beregu campuran berkelas dunia menjelang hujung tahun ini.

Menurutnya, beliau bersama barisan kejurulatihan kini sedang melakukan proses kaedah percubaan dan kesilapan bagi mencari kombinasi terbaik yang boleh diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

“Saya sudah bercakap dengan pemain junior dan pelapis kerana saya mahu melihat prestasi mereka dalam setiap kejohanan. Buat masa ini mereka masih bertukar-tukar pasangan.

“Namun, kita dapat lihat ada beberapa pasangan yang sudah bergelar juara dalam saingan International Challenge dan International Series. Mudah-mudahan hujung tahun ini kita dapat lahirkan pendamping untuk Chen Tang Jie-Toh Ee Wei serta Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: ‘Terima kasih selamanya Newcastle’ – Isak
Next: Kempen kelayakan Piala Dunia bermula, gergasi Eropah mula bersaing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.