
SARIKEI: Seramai 23 kakitangan Lembaga Lada Cawangan Sarikei telah menyertai ceramah keselamatan kebakaran, baru-baru ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, berkata program bermula 2.30 petang hingga 4.30 petang.
“Dua anggota bomba bertugas mengendalikan program tersebut.

“Turut diadakan adalah latihan kebakaran dan demonstrasi alat pemadam api,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, program tersebut dilaksanakan di pekarangan Lembaga Lada Cawangan Sarikei.
“Para peserta juga berpeluang mengendalikan alat pemadma api dengan cara yang betul.
“Program berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya.
Oleh Earl Anek