Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lapan hilang selepas helikopter terputus hubungan di Kalimantan Selatan
  • GLOBAL

Lapan hilang selepas helikopter terputus hubungan di Kalimantan Selatan

Utusan Sarawak 4 days ago
HELIKOPTER yang membawa lapan orang dilaporkan terputus hubungan hari ini di Wilayah Tanah Bumbu, Kalimantan Selatan.

JAKARTA: Helikopter yang membawa lapan orang dilaporkan terputus hubungan hari ini di Wilayah Tanah Bumbu, Kalimantan Selatan, menurut agensi mencari dan menyelamat nasional Indonesia, Basarnas.

Jurucakap Basarnas Banjarmasin Aris Maulana berkata pasukan mencari telah digerakkan ke kawasan berkenaan bagi mengesan juruterbang, seorang jurutera dan enam penumpang.

“Setakat ini tiada maklumat mengenai mangsa yang terselamat atau terkorban,” katanya dalam satu kenyataan pada hari ini.

Helikopter jenis Airbus MBB BK117-D3 yang dikendalikan Eastindo Air itu berlepas dari Lapangan Terbang Kota Baru pada 8.46 pagi waktu tempatan menuju ke Palangkaraya dan dijadual tiba pada 10.15 pagi.

“Helikopter itu membuat hubungan radio terakhir lapan minit selepas berlepas sebelum hilang daripada radar,” kata Aris.

Kedudukan terakhir yang diketahui adalah kira-kira empat kilometer dari Air Terjun Mandin Damar di Daerah Mantewe, kawasan terpencil yang dipenuhi bukit rendah dan hutan tropika tebal.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: 33 maut, lebih 2 juta terjejas banjir di Punjab, Pakistan
Next: Lelaki ditahan di Paris sorok barang kemas bernilai RM49 juta dalam seluar dalam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.