Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Terus sokong GPS
  • TEMPATAN

Terus sokong GPS

Utusan Sarawak 5 years ago
PRIHATIN… Datu Penguang menyerahkan cek MRP kepada Tuai Rumah Joben Sigai pada Majlis Randau bersama penduduk di Long Tabing.

MARUDI: Penduduk Long Tabing dinasihatkan supaya kekal bersatu dan memberi kerjasama dengan kerajaan pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Menteri Muda Kerajaan Tempatan selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Datu Penguang Manggil berkata, kerjasama penduduk di sini perlu diteruskan supaya banyak lagi projek pembangunan perlu diteruskan.

“Banyak lagi projek rakyat dan projek lain yang perlu kita laksanakan dengan syarat kita memberi sokongan kepada kerajaan yang memerintah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sesi Randau di Rumah Joben Sigai di Long Tabing dekat sini.

Jelas Penguang, rumah panjang ini pernah terbakar pada 1997 dan pada tahun lepas penduduk Long Tabing membina semula rumah panjang baharu mereka.

Menurutnya, jalan menuju ke Long Tabing merupakan antara jalan yang paling teruk sekali ketika beliau mula menjadi wakil rakyat di sini.

“Memandangkan jalan merupakan perhubungan yang amat penting untuk kita bergerak, saya berusaha untuk mendapatkan peruntukan projek baik pulih jalan ini yang telah diluluskan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg tahun lepas melalui projek rakyat,” tegas Penguang.

Penguang bersyukur pada ketika ini projek tersebut sudah mula dilaksanakan termasuk projek baik pulih dan naik taraf jalan yang lain.

Dalam pada itu, Penguang turut menyerahkan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) RM20,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumag Joben, RM5,000 kepada Biro Wanita di rumah panjang tersebut dan RM10,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinjar.

Selain itu, beliau mengumumkan projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) baharu bagi menyediakan tapak blok baharu rumah panjang mereka yang bernilai RM100,000.

Turut hadir, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak, Alexander Asing, Pengeusi Majlis Daerah Marudi, Kaunselor Edward Mendai dan Pegawai Tadbir (SAO) Daerah Beluru, Marliney.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: RM3.25 juta laksana 9 JPD Parlimen Bintulu
Next: RM30 juta naik taraf Semenggoh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.