Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MPS tetapkan zon khas bagi pembakaran sempena Festival Zhong Yuan
  • Tengah
  • WILAYAH

MPS tetapkan zon khas bagi pembakaran sempena Festival Zhong Yuan

Utusan Sarawak 1 month ago
SESI DIALOG…..Ting (dua kiri) ketika mempengerusikan sesi dialog Festival Zhong Yuan (Perayaan Hantu) 2025 di bilik mesyuarat MPS, Wisma Sanyan, hari ini.

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) telah meluluskan satu lokasi tambahan di sekitar Jalan Bukit Lima sebagai kawasan khusus untuk aktiviti pembakaran sempena Perayaan Hantu (Festival Zhong Yuan) pada 6 September ini.

Dengan penambahan ini, sebanyak empat lokasi rasmi telah ditetapkan bagi memastikan aktiviti pembakaran dilakukan secara terkawal dan selamat.

Pengerusi MPS, Clarence Ting Ing Hort, berkata langkah itu bertujuan mengawal pembakaran terbuka agar tidak menimbulkan risiko kebakaran atau membahayakan pengguna jalan raya.

“Festival ini merupakan perayaan penting bagi masyarakat yang meraikannya. Namun, keselamatan awam tetap menjadi keutamaan.

Oleh itu, orang ramai digesa melakukan pembakaran persembahan hanya di kawasan yang telah ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan sesi dialog Festival Zhong Yuan 2025 di Wisma Sanyan, di sini hari ini.

Beliau menambah, pelaksanaan kawasan khas ini juga bagi mengelakkan pembakaran dilakukan secara sembarangan di tepi jalan atau kawasan awam yang boleh mendatangkan bahaya.

Menurut Ting, amalan pembakaran individu kini semakin beralih kepada kaedah lebih terkawal menerusi kerjasama dengan pihak tokong.

“Di beberapa tempat, masyarakat menyerahkan bahan pembakaran kepada tokong dengan bayaran tertentu untuk dilakukan secara selamat. Sibu juga akan mengikuti pendekatan ini secara berperingkat,” ujarnya.

Beliau berkata, larangan mengejut terhadap pembakaran terbuka dikhuatiri sukar dikuatkuasakan kerana orang ramai mungkin tetap melakukannya secara tidak terkawal.

“Pendekatan berperingkat ini menunjukkan perkembangan positif, apabila kita lihat semakin ramai memilih untuk melakukan pembakaran di kawasan yang telah ditentukan,” tambahnya.

Sebelum ini, tiga kawasan pembakaran khas yang telah dikenal pasti oleh MPS termasuklah kawasan berhampiran persimpangan lampu isyarat Jalan Pahlawan dan Jalan Dr Wong Soon Kai, kawasan bulatan Jalan Lada yang bertemu dengan Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, serta kawasan berhampiran persimpangan lampu isyarat Jalan Wawasan yang terletak berdekatan Universiti Teknologi Sarawak.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Illegal advert: Why can’t PBT’s just slap compound/action based on phone numbers display?
Next: Pokok tumbang halang jalan di Tudan, bomba bertindak pantas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.