Pokok tumbang halang jalan di Tudan, bomba bertindak pantas

Facebook
WhatsApp
TUMBANG…Pasukan bomba sedang membersihkan pokok tumbang sehingga menghalang laluan utama di kawasan Tudan, Miri petang tadi. Foto BBP Lutong

MIRI: Pokok tumbang menghalang jalan di kawasan Tudan petang tadi, menyebabkan pengguna jalan raya terhalang sebelum pasukan bomba bertindak segera membersihkan lokasi kejadian.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong  Henry Jugah, pihaknya menerima panggilan kecemasan 4.13 petang.

TUMBANG…Pokok tumbang sehingga menghalang laluan utama di kawasan Tudan, Miri petang tadi. Foto BBP Lutong

“Seramai tujuh anggota dengan kekuatan sebuah jentera  bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung kejadian itu.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati pokok tumbang telah menghalang laluan utama. Pasukan kemudian bertindak melakukan kerja-kerja pemotongan menggunakan gergaji berantai,” katanya di sini.

Henry berkata, operasi itu  berjaya dikawal sepenuhnya dan tamat pada 4.37 petang.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu,” ujarnya.