Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SFIA sumbang 15 kerusi kepada Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kuching
  • Selatan
  • WILAYAH

SFIA sumbang 15 kerusi kepada Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kuching

Utusan Sarawak 14 hours ago
DARI kiri: Wan Kian Nyap (dua kiri), Zaiton (tiga kanan), Leo Chiang (dua kanan) dan Michelle Chong (paling kanan)

KUCHING: Persatuan Industri Perabot Sarawak (SFIA) telah menyumbang 15 unit kerusi bilik darjah bertingkat kepada Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kuching 2 di Kampung Samariang Lama, di sini, sebagai usaha berterusan persatuan itu dalam menyokong komuniti.

Sumbangan tersebut diserahkan oleh Naib Presiden SFIA bagi Kebajikan dan Pembangunan Sumber Manusia, Wan Kian Nyap, dan diterima secara rasmi oleh Pengurus Al-Amin Kuching 2, Zaiton Yusof.

“Sekolah ini menghubungi persatuan kami dan kami berbesar hati untuk membantu. 

“Kami berharap dapat memberikan bantuan yang sama kepada sekolah lain apabila berkemampuan,” kata Wan.

Menurut Presiden SFIA, Leo Chiang, fokus SFIA kini adalah memperluaskan keahlian di seluruh Sarawak melalui kempen pengambilan ahli di semua bandar utama. 

“Dengan lebih 300 ahli dan jumlah itu semakin meningkat, SFIA merupakan persatuan perabot dan pertukangan kayu terbesar di negeri ini. Kami menjemput semua pemain industri untuk menyertai kami dan berkembang bersama di bawah payung SFIA,” katanya. 

Turut hadir Setiausaha Madya SFIA, Michelle Chong.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Usaha tingkatkan infrastruktur luar bandar di Krian terus diperkasa
Next: Kelab Malaysiaku medan lahirkan generasi muda berjiwa patriotik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.