MARUDI: Mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang Selasa lalu selepas keluar memasang pukat di Sungai Baram ditemui semalam.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Marudi dalam satu kenyataan memaklumkan manyat mangsa Albert Gunai Dadom, 64, ditemui pasukan Bomba dan Penyelamat dalam operasi mencari dan menyelamat pada jam 12.50 petang semalam.
Mangsa dari Rh. Ubie, Kuala Ridan Marudi dilaporkan hilang berdekatan Kuala Ridan, Lubok Amam, Sungai Baram Marudi.
Mayat mangsa dijumpai terapung oleh penduduk kampung pada jarak lapan kilometer dari Sungai Ridan, Baram yang mana tempat mangsa dipercayai terjatuh.
Mayat mangsa dibawa ke pangkalan Ridan menggunakan bot aluminium pihak bomba dan kemudian diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.
Operasi yang disertai lapan anggota bomba diketuai PBKII Abdul Rahman dan Komander Operasi Kanan PPgB Maureen Sima Ah Lian, anggota PDRM (3) APM (4) dan 12 orang penduduk kampung.
Menurut kenyataan pegawai bomba Miri PgKB1 Law Poh Kiong, pihaknya menerima pangilan mengenai kejadian itu daripada IPD Marudi pada jam 1.10 petang semalam dan operasi mencari mangsa dilancarkan sejurus laporan diterima.
Dalam kejadian Selasa lalu, mangsa dikatakan keluar untuk memasang pukat di Sungai Baram dan dipercayai hilang oleh anak mangsa setelah perahu yang digunakan mangsa ditemui hanyut oleh penduduk kampung semalam dan barang-barang peribadi milik mangsa masih dalam perahu.
Berikutan kejadian itu anak mangsa kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis daerah (IPD ) Marudi semalam.