Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 36 maut akibat tanah runtuh di Jammu dan Kashmir
  • GLOBAL

36 maut akibat tanah runtuh di Jammu dan Kashmir

Utusan Sarawak 1 day ago
KERETA yang rosak kelihatan ditinggalkan di tebing Sungai Tawi yang melimpah selepas hujan lebat menyebabkan banjir di Jammu pada 27 Ogos 2025. Foto: AFP

SRINAGAR (Jammu dan Kashmir): Sekurang-kurangnya 36 maut dan lebih 20 cedera selepas hujan lebat mencetuskan tanah runtuh berhampiran kuil Vaishno Devi di Katra, Jammu dan Kashmir yang ditadbir India, kata pegawai pada hari ini.

Seorang pegawai polis memberitahu Anadolu Ajansi (AA) melalui telefon, seramai 32 disahkan maut, manakala lebih 20 orang lain cedera dalam kejadian di bandar Katra, daerah Reasi.

“Polis dan pasukan penyelamat lain berada di lapangan. Kami sedang cuba mencari mangsa yang terselamat,” kata pegawai itu.

Sejak Selasa, sekurang-kurangnya 37 maut di daerah Reasi dan Doda.

Jabatan kawalan banjir di rantau itu hari ini mengisytiharkan risiko banjir untuk Sungai Jhelum di Lembah Kashmir dan menasihatkan orang ramai untuk menjauhi tebing sungai dan berpindah ke kawasan yang lebih selamat.

BANJIR besar melanda kawasan Jammu di wilayah Kashmir yang ditadbir India pada 26 Ogos, apabila ribut monsun yang kuat di kawasan pergunungan Himalaya menyebabkan kekacauan meluas, menghanyutkan jambatan dan menenggelami rumah-rumah, menurut laporan media India. Foto: AFP

Banyak struktur turut rosak. Sekolah, tempat kerja dan perniagaan ditutup kerana hujan lebat menenggelamkan jalan, melumpuhkan kehidupan. Pihak berkuasa menasihatkan penduduk untuk kekal di dalam rumah.

Sejak Isnin malam, wilayah itu mengalami hujan paling lebat dalam beberapa dekad, merosakkan jambatan, menghanyutkan jalan raya dan membanjiri kawasan yang luas, memaksa penduduk berpindah.

“Sekurang-kurangnya 3,500 orang dipindahkan ke tempat yang lebih selamat setakat ini,” kata pegawai.

Indian Railways membatalkan perjalanan 18 kereta api ke dan dari stesen kereta api Katra, Udhampur dan Jammu pada Rabu apabila hujan lebat melanda di wilayah Jammu. Beberapa perkhidmatan dipulihkan sejak itu.

Perkhidmatan mudah alih dan internet sebahagiannya dipulihkan selepas hujan lebat menyebabkan gangguan komunikasi, menurut pengendali telekomunikasi. Kerja pemulihan masih berjalan selepas talian gentian optik rosak di beberapa lokasi. – Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Wanita Thailand dipenjara 43 tahun hina raja dibebaskan
Next: Kemasyhuran viral kanak-kanak Indonesia tarik pelancong ke perlumbaan perahu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.