Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kos fi RM5.9 juta perunding penjenamaan libatkan pelbagai aspek – TH
  • NASIONAL

Kos fi RM5.9 juta perunding penjenamaan libatkan pelbagai aspek – TH

Utusan Sarawak 1 day ago

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengesahkan kos fi konsortium perunding bagi kerja penjenamaan berjumlah RM5.9 juta untuk tempoh tiga tahun.

TH memaklumkan fi berkenaan merangkumi aspek penyelidikan dan kajian pasaran, audit dan pelan penjenamaan serta perhubungan awam dan latihan pembudayaan dalaman.

“Sehingga kini, RM1.6 juta telah dibayar mengikut jadual bayaran,” menurut TH dalam satu kenyataan.

TH menegaskan tiada sebarang kontrak atau pelantikan lain dibuat berhubung inisiatif berkenaan dan menekankan komitmen untuk memastikan semua keputusan selaras dengan garis panduan serta kepentingan para pendeposit.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, ketika menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-13 pada 18 Ogos lalu, menyatakan kos fi menggunakan perunding bagi projek penjenamaan TH adalah RM5.9 juta untuk tempoh tiga tahun.– Bernama

Continue Reading

Previous: Inisiatif baucar buku MADANI RM100 untuk pelajar IPT mula dlaksanakan esok – KPT
Next: Penghuni rumah gempar ular sawa lebih 80kg jatuh dari siling

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.