Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Gempa bumi Segamat: Tiada kerosakan, kemalangan jiwa dilapor setakat ini
  • NASIONAL

Gempa bumi Segamat: Tiada kerosakan, kemalangan jiwa dilapor setakat ini

Utusan Sarawak 11 hours ago

SEGAMAT: Tiada laporan kerosakan harta benda, kecederaan mahupun kemalangan jiwa diterima setakat ini susulan gegaran lemah bermagnitud 3.2 yang berlaku di daerah ini pada 8.59 pagi tadi.

Pegawai Daerah Segamat Mohd Ezzuddin Sanusi dalam kenyataan memaklumkan pusat gegaran dikesan berhampiran kawasan Segamat dan turut dirasai penduduk di daerah  serta beberapa kawasan lain di Johor dan selatan Pahang.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan  Bencana Daerah (JPBD), berkata Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) serta pihak berkuasa keselamatan dan agensi berkaitan sedang memantau keadaan itu bagi memastikan daerah ini berada dalam keadaan selamat terutamanya untuk orang awam.

“Orang ramai diminta bertenang, tidak menyebarkan maklumat tidak sahih dan mendapatkan perkembangan terkini melalui saluran rasmi seperti MetMalaysia serta agensi kerajaan berkaitan.

“Mereka juga digalakkan melaporkan sebarang insiden kecemasan kepada pihak berkuasa dan JPBD Segamat akan terus menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa demi memastikan keselamatan serta kesejahteraa penduduk,” katanya. 

MetMalaysia hari ini mengesahkan gempa bumi lemah berukuran 3.2 magnitud berlaku pada 8.59 pagi di Segamat, dengan gegaran dilapor dirasai di beberapa kawasan di Johor serta selatan Pahang.

Pada 24 Ogos lepas, MetMalaysia mengesahkan gempa bumi lemah berlaku di Segamat pada 6.13 pagi dengan kekuatan magnitud 4.1, disusuli gegaran kedua pada 9.00 pagi di Yong Peng, 28 kilometer (km) barat laut Kluang dengan magnitud 2.8 pada kedalaman 10 km.– Bernama

Continue Reading

Previous: Gempa bumi lemah 3.2 magnitud berlaku lagi di Segamat, Johor
Next: PM Anwar, Sultan Hassanal Bolkiah saksi pertukaran MoU kesihatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.