Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Gempa bumi lemah 3.2 magnitud berlaku lagi di Segamat, Johor
  • NASIONAL

Gempa bumi lemah 3.2 magnitud berlaku lagi di Segamat, Johor

Utusan Sarawak 8 hours ago

JOHOR BAHRU: Gempa bumi lemah berukuran 3.2 magnitud berlaku pada 8.59 pagi tadi di Segamat, Johor, dengan gegaran dilapor dirasai di beberapa kawasan di negeri ini serta selatan Pahang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa bumi itu berlaku di kira-kira 18 kilometer selatan Segamat, berpusat pada koordinat 2.33 darjah Utara dan 102.79 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer.

“MetMalaysia akan terus memantau keadaan dan perkembangan gempa bumi ini,” menurut MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook.

Orang ramai yang merasai gegaran diminta mengisi borang soal selidik yang disediakan MetMalaysia menerusi pautan https://forms.gle/JMGSQhuAKdtwWn2a7 bagi membantu siasatan lanjut.

Pada 24 Ogos lepas, MetMalaysia mengesahkan gempa bumi lemah berlaku di Segamat pada 6.13 pagi dengan kekuatan magnitud 4.1, disusuli gegaran kedua pada 9 pagi di Yong Peng, 28 km Barat Laut Kluang dengan magnitud 2.8 pada kedalaman 10 km.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Siaran langsung kes rasuah berprofil tinggi perlu diteliti aspek undang-undang – Azalina
Next: Gempa bumi Segamat: Tiada kerosakan, kemalangan jiwa dilapor setakat ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.