Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pembangunan infrastruktur, pertanian fokus utama Mesyuarat JTPB Sri Aman
  • Tengah
  • WILAYAH

Pembangunan infrastruktur, pertanian fokus utama Mesyuarat JTPB Sri Aman

Utusan Sarawak 9 hours ago
DAYANG Noorazah menghadiri Mesyuarat JTPB Sri Aman Bil. 2/2025 dipengerusikan oleh Residen Bahagian Sri Aman, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Lingga

SIMANGGANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Bahagian (JTPB) Sri Aman Bil. 2/2025 yang dipengerusikan oleh Residen Bahagian Sri Aman, hari ini.

Mesyuarat berkenaan membincangkan pembentangan status Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) serta laporan data kemiskinan e-KASIH Bahagian Sri Aman.

Antara perkara utama yang diberi perhatian termasuklah projek pembangunan di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Sarawak Energy Berhad serta IADA Batang Lupar.

Tumpuan turut diberikan kepada pembangunan infrastruktur pengairan dan saliran Jelapang Padi Lingga/Banting bagi memperkukuh sektor pertanian serta menjana ekonomi setempat.

Mesyuarat juga menekankan kepentingan pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur, kesihatan, pendidikan dan bekalan asas demi memastikan kesejahteraan rakyat di seluruh Bahagian Sri Aman terus terjamin.

Dayang Noorazah berharap agar semua projek pembangunan yang telah dirancang dapat dilaksanakan mengikut jadual, sekali gus memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

Tambah beliau, pelaksanaan projek berkenaan bukan sahaja meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat, malah memperkukuh kedudukan Sri Aman sebagai salah satu jelapang padi utama negeri Sarawak.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Local councils urged to tackle illegal moneylender advertisements

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.