Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perhimpunan ‘Justice for Zara’ di Lawas dibatalkan
  • Utara
  • WILAYAH

Perhimpunan ‘Justice for Zara’ di Lawas dibatalkan

Utusan Sarawak 10 hours ago
NOTIS PEMBATALAN…notis dikeluarkan Majlis Daerah Lawas memberi khabar duka kepada peserta perhimpunan di Daerah Lawas dan Limbang.

LAWAS: Program Perhimpunan Aman Justice for Zara untuk Daerah Lawas yang dijadualkan berlangsung pada 29 Ogos di Stadium Lawas telah dibatalkan.

Pembatalan program tersebut disahkan menerusi satu notis rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Lawas lewat petang tadi.

Perhimpunan yang dirancang bermula 7.00 petang hingga 10.00 malam itu tidak akan diteruskan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Salinan surat pembatalan permit perhimpunan tersebut telah diserahkan kepada Pejabat Daerah Lawas serta Ibu Pejabat Polis Daerah Lawas.

Pembatalan ini mencetuskan rasa kecewa dalam kalangan peserta yang dijangka hadir dari sekitar Daerah Limbang, Lawas, negeri Sabah serta negara Brunei.

Ramai dalam kalangan mereka telah meluahkan rasa tidak puas hati melalui pelbagai platform media sosial dan kumpulan perbualan dalam talian seperti WhatsApp.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Jambatan baharu Lawas siap 62.6 peratus, sasar jadi ikon keterhubungan Wilayah Utara
Next: 20 pelatih GiatMara Saratok asah kemahiran insaniah, keselamatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.