Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jambatan baharu Lawas siap 62.6 peratus, sasar jadi ikon keterhubungan Wilayah Utara
  • Utara
  • WILAYAH

Jambatan baharu Lawas siap 62.6 peratus, sasar jadi ikon keterhubungan Wilayah Utara

Utusan Sarawak 12 hours ago
MENELITI PERKEMBANGAN…(dari kanan) Awang Tengah, Dr Abdul Rahman, Henry Sum Agong dan Ismawi kelihatan meneliti laporan kerja perlaksanaan jambatan Lawas.  

LAWAS: Projek pembinaan jambatan baharu di Lawas kini telah siap 62.6 peratus, dengan tambahan elemen pencahayaan dijangka menjadikannya mercu tanda baharu di Wilayah Utara.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata beliau telah meminta pihak pemaju mempercepatkan pelaksanaan projek walaupun ia masih dalam jadual untuk disiapkan dan diserahkan pada suku keempat 2026.

“Jambatan ini akan meningkatkan keterhubungan di Wilayah Utara dengan ketara, menyediakan akses lebih lancar serta memudahkan perdagangan dan aktiviti ekonomi,” katanya semasa lawatan kerja ke tapak pembinaan projek berkenaan baru-baru ini.

Beliau menjelaskan bahawa projek tersebut juga dijangka menjadi pemangkin pembangunan sosioekonomi sekali gus memberi manfaat langsung kepada penduduk Lawas dan kawasan sekitarnya.

Dalam masa sama, Awang Tengah turut mengumumkan bahawa kawasan seberang Sungai Lawas akan dibangunkan secara menyeluruh merangkumi tebingan sungai berskala kecil, kawasan komersial, perindustrian dan pelbagai aktiviti ekonomi lain.

JAMBATAN LAWAS…perlaksanaan jambatan Lawas kini mencapai tahap 62.6 peratus siap.

Awang Tengah yang melakukan lawatan kerja ke tapak pembinaan itu baru-baru ini turut memberitahu bahawa jambatan ini dijangka dapat meningkatkan keterhubungan di Wilayah Utara dengan ketara, menyediakan akses yang lebih lancar serta memudahkan perdagangan dan aktiviti ekonomi.

Projek ini juga dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi, memberi manfaat kepada penduduk Lawas dan kawasan sekitarnya.

Pada masa yang sama Awang Tengah memberitahu kawasan seberang Sungai Lawas juga akan dibangunkan dengan tebingan sungai Lawas berskala kecil, kawasan komersil, kawasan perindustrian dan aktiviti ekonomi lainnya.

Sehubungan itu, kedua-dua kawasan di sebelah bandar dan seberang Sungai Lawas akan dibangunkan secara lebih tersusun dan terancang, selaras dengan potensi serta keadaan setempat.

Turut hadir, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail, Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Ketua Pegawai Eksekutif RECODA, Datuk Ismawi Ismuni, Pengarah Wilayah NRDA, Datu Ubaidillah Abdul Latip, Residen Bahagian Limbang Unus Haji Tambi, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Setiausaha Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa dan kenamaan lainnya.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Kempen Jalur Gemilang semarakkan semangat patriotik di Saratok
Next: Perhimpunan ‘Justice for Zara’ di Lawas dibatalkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.