Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM27,000 disalur untuk JKKK Penan bagi sokong pembangunan kampung
  • Utara
  • WILAYAH

RM27,000 disalur untuk JKKK Penan bagi sokong pembangunan kampung

Utusan Sarawak 14 hours ago
BANTU PENAN.. Dato Paulus Palu Gumbang menyerahkan sumbangan makanan kepada penduduk Penan di Long Rayeh di Ulu Limbang. Foto Pusat Khidmat DUN Batu Danau

LIMBANG: Dalam usaha berterusan untuk memperkasa pembangunan luar bandar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM27,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) komuniti Penan, baru-baru ini.

Sumbangan tersebut merupakan inisiatif untuk menyokong pelaksanaan pelbagai program pembangunan di peringkat kampung, termasuk penambahbaikan infrastruktur asas, aktiviti kemasyarakatan serta pengukuhan pengurusan komuniti.

Menurutnya, sumbangan ini diharap dapat dimanfaatkan sebaik mungkin bagi merancang dan melaksanakan pelbagai inisiatif yang memberi impak positif kepada masyarakat Penan.

Beliau turut menegaskan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam membantu komuniti luar bandar agar tidak tercicir daripada arus pembangunan negeri, terutama dalam aspek pendidikan, sosioekonomi dan kemudahan asas.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut diadakan sempena Program One Stop Service Camp (OSSC) di Pusat Khidmat Luar Bandar (RSC) Kampung Long Rayeh, yang menghimpunkan lebih 200 penduduk dari lapan kampung sekitar.

Turut hadir Timbalan Residen Bahagian Limbang, Rozita Kulai, Penolong Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sarawak (EPU), Bernard Upieh, wakil Pegawai Daerah Limbang, Mariati, Penghulu Franky Isak, serta Ketua Kampung Long Rayeh, Mawa Sagin.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jalan pertanian dicadang di Pantu, permudah angkut hasil kelapa sawit
Next: Pesta Makan Tahun Kedayan kukuh warisan, lonjak ekonomi tempatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.