Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pesta Makan Tahun Kedayan kukuh warisan, lonjak ekonomi tempatan
  • Utara
  • WILAYAH

Pesta Makan Tahun Kedayan kukuh warisan, lonjak ekonomi tempatan

Utusan Sarawak 14 hours ago
AMANAT PEMIMPIN…Dr Abdul Rahman ketika menyampaikan ucapan penghargaan dan amanat kepada warga Persatuan Kedayan Limbang.

LIMBANG: Ketua kampung memainkan peranan penting dalam merancang dan melaksanakan program pembangunan kampung secara menyeluruh, termasuk aspek pendidikan, ekonomi dan agama.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail, berkata pemimpin akar umbi perlu proaktif agar pembangunan di peringkat kampung dapat dilaksanakan secara seimbang dan mampan.

“Kalau nak memajukan kampung,ketua kampung mesti merancang, dari aspek ekonomi,pendidikan agama,supaya lengkap.

“Sebagai pemimpin, kita mesti faham tanggungjawab dan setia kepada mereka yang benar-benar ikhlas membangunkan kawasan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kesyukuran dan Apresiasi sempena kejayaan Pesta Makan Tahun Kedayan 2025, yang berlangsung di Dewan Kampung Tuna Gumaya Benuas, malam tadi.

HADIRIN…sebahagian hadirin yang memeriahkan Majlis Kesyukuran dan Apresiasi sempena kejayaan Pesta Makan Tahun Kedayan 2025 di Dewan Kampung Tuna Gumaya Benuas Limbang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu turut memuji pesta berkenaan yang berperanan dalam memelihara warisan budaya masyarakat Kedayan. Pesta tersebut kini tersenarai dalam kalendar rasmi Jawatankuasa Perayaan Utama Daerah Limbang, bersama lima lagi pesta kaum yang lain.

Menurut beliau, pelbagai aktiviti kebudayaan, sukan dan muzik yang dianjurkan mampu menarik lebih ramai pengunjung ke Limbang, sekali gus merancakkan ekonomi setempat.

“Semua pihak perlu bekerjasama agar setiap penganjuran berjalan lancar dan memberi manfaat kepada penduduk,” ujarnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa Limbang kini mencatatkan kemasukan pengunjung yang tinggi setiap minggu, terutamanya dari negara jiran, Brunei Darussalam, yang datang untuk membeli-belah.

Sehubungan itu, beliau menggesa penduduk di utara Sarawak agar mengambil peluang ini dengan membangunkan industri kecil dan sederhana (IKS), sektor inap desa, serta produk pelancongan yang mampu menjana pendapatan dan membuka peluang ekonomi kepada komuniti setempat.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: RM27,000 disalur untuk JKKK Penan bagi sokong pembangunan kampung
Next: Pelaburan RM150 juta lonjak pembangunan ekonomi Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.