Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PPS dibuka di Dewan Serbaguna Kampung Dagang, 19 keluarga hilang tempat tinggal
  • WILAYAH

PPS dibuka di Dewan Serbaguna Kampung Dagang, 19 keluarga hilang tempat tinggal

Utusan Sarawak 17 hours ago
MENTERI di Jabatan Premier Sarawak merangkap ADUN Kakus, Dato Sri John Sikie Tayai menyantuni mangsa kebakaran di Balai Polis Daerah Tatau hari ini.

TATAU: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Kampung Dagang dibuka petang tadi bagi menempatkan mangsa kebakaran yang berlaku di kawasan penempatan sementara di tebingan Sungai Batang Tatau.

Pegawai Daerah Tatau merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Calvin Ligong berkata, PPS beroperasi bermula 4.00 petang sejurus laporan kejadian diterima.

“Setakat ini, lima keluarga melibatkan 28 orang ditempatkan di PPS kerana tidak mempunyai kediaman untuk berteduh manakala keluarga lain memilih menumpang sementara di rumah saudara-mara terdekat sekitar Pekan Tatau,” katanya selepas meninjau PPS berkenaan petang tadi.

PEGAWAI Daerah Tatau, Calvin Ligong meninjau PPS Dewan Serba Guna Kampung Dagang yang dibuka pada 4.00 petang hari ini.

Beliau menambah, PPS Dewan Serbaguna Kampung Dagang dipilih kerana lokasinya yang terdekat dan sesuai untuk menempatkan mangsa kebakaran sementara bantuan lanjut disalurkan.

Menurut Calvin, agensi-agensi berkaitan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Kementerian Kesihatan (KKM) turut digerakkan untuk memberi bantuan, sokongan logistik serta pemeriksaan kesihatan kepada mangsa di PPS.

Turut turun padang, Menteri di Jabatan Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus, Dato Sri John Sikie Tayai yang menyantuni mangsa serta menyalurkan bantuan awal berbentuk wang ringgit kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR).

Kira-kira 19 keluarga hilang tempat berteduh selepas 17 rumah setinggan musnah dalam insiden kebakaran di tebingan Sungai Batang Tatau pagi tadi.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 27 pendidik SEDIDIK sertai kursus asas pertolongan cemas dan CPR di Betong
Next: RM600,000 diperuntuk enam projek RTP naik taraf kemudahan luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.