Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Separuh struktur rumah terbakar di Siburan, tiada kecederaan dilaporkan
  • KEBAKARAN

Separuh struktur rumah terbakar di Siburan, tiada kecederaan dilaporkan

Utusan Sarawak 1 day ago

FOTO: Bomba

SIBURAN: Sebuah rumah separuh kekal dua tingkat di Lorong 9, Kampung Seratau, Batu 15, di sini musnah sekitar 50 peratus di bahagian atas dalam kebakaran yang berlaku petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.36 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan bersama bantuan BBP Kota Sentosa dikerahkan ke lokasi kejadian sejauh 14 kilometer.

Komander Operasi Ahmad Shah Saad berkata kebakaran berjaya dikawal pada 7.13 petang melalui penggunaan dua aliran salur bantu mula dan satu aliran sepanjang 300 kaki dengan tiga nozel.

“Tiada mangsa terlibat dalam kejadian ini dan kerja-kerja pemadaman masih dijalankan sehingga api dipadam sepenuhnya,” katanya.

Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba.

Oleh Amanda L.

Continue Reading

Previous: Tindakan cekap orang awam selamatkan rumah hampir terbakar di Taman Jelita
Next: Lelaki cedera, empat rumah musnah dalam kebakaran di Tatau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.