Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Abdillah Majid terajui DUBS Cawangan Sri Aman yang baharu
  • Tengah
  • WILAYAH

Abdillah Majid terajui DUBS Cawangan Sri Aman yang baharu

Utusan Sarawak 1 day ago
DUBS Cawangan Sri Aman melakar babak baharu kepimpinan sebaik sahaja barisan jawatankuasa dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan bagi sesi 2025-2028 di Simanggang, hari ini. Foto: Adi Safarman

SIMANGGANG: Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Sri Aman melakar babak baharu kepimpinan apabila Abdillah Majid diumumkan sebagai Pengerusi baharu bagi sesi 2025-2028.

Pengumuman itu dibuat semasa Mesyuarat Agung Tahunan yang berlangsung di Tandang Sari Avenue, dekat sini, hari ini.

Turut dipilih menerajui kepimpinan baharu ialah Gerald Empaling sebagai Timbalan Pengerusi dan Awangku Hafizi Awang Azahari sebagai Naib Pengerusi.

Ahli Jawatankuasa turut dibarisi oleh Subhi Ahmad, Majzelan Ahmad, Jessica Maragi Frederick Sambang, Man Kassim dan Awangku Hafizul Awang Azahari, manakala jawatan Setiausaha disandang oleh Abdillah Ahmad.

Pengumuman ini menandakan kebangkitan semula DUBS Cawangan Sri Aman selepas lebih lima tahun tidak aktif, sekali gus membuka lembaran baharu bagi memperkasakan agenda ekonomi dan keusahawanan Bumiputera di kawasan itu.

Abdillah Majid dalam ketika ditemui Utusan Sarawak menzahirkan penghargaan kepada ahli-ahli DUBS Cawangan Sri Aman yang memberi kepercayaan serta mandat kepadanya untuk menerajui cawangan tersebut.

FOTO: Adi Safarman

“Kerjasama dan sokongan padu daripada ahli-ahli DUBS Cawangan Sri Aman adalah kekuatan utama kita. Marilah kita berganding bahu memajukan serta memantapkan DUBS Sri Aman agar menjadi platform yang benar-benar berdaya saing,” katanya.

Beliau turut menekankan keperluan pengurusan baharu untuk lebih berani meneroka pasaran baharu, meningkatkan keupayaan perniagaan serta keluar daripada zon selesa demi mencapai kemajuan.

“Ahli DUBS perlu merebut peluang yang ada di Sri Aman serta kawasan lain, membina rangkaian sesama usahawan dan menjadi contoh kepada generasi muda. Melalui DUBS, kita bukan sahaja menjalin kerjasama perniagaan tetapi juga mendidik dan melahirkan lebih ramai usahawan muda,” ujarnya.

Abdillah menegaskan hasratnya agar DUBS Sri Aman bergerak seiring dengan cawangan lain di seluruh negeri, menjadi medan berkongsi idea serta membantu belia yang berminat menceburi dunia keusahawanan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: JIWA@Komuniti MADANI pupuk semangat patriotik di Petra Jaya
Next: Dewan Serbaguna SK Kapit dirasmikan, ruang aktiviti untuk sekolah dan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.