Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pastikan keperluan rakyat diberi perhatian sewajarnya
  • Tengah
  • WILAYAH

Pastikan keperluan rakyat diberi perhatian sewajarnya

Utusan Sarawak 10 hours ago
MANFAATKAN SEBAIKNYA….Safiee menyampaikan geran MRP kepada penerima pada majlis yang berlangsung di bilik mesyuarat Pusat Khidmat DUN Daro, semalam. Foto UKAS

DARO: Kerajaan Sarawak melalui peruntukan Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) terus berusaha memastikan keperluan rakyat di kawasan pedalaman diberi perhatian sewajarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, langkah itu selaras dengan aspirasi kerajaan negeri untuk membawa pembangunan seimbang, sekali gus memastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan dalam arus kemajuan.

“Pemberian geran ini bukan sahaja sebagai galakan untuk persatuan dan jawatankuasa bergerak lebih aktif, malah menjadi platform untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis Penyampaian Sumbangan Geran MRP DUN N.43 Daro di bilik mesyuarat Pusat Khidmat DUN Daro, semalam.

Safiee memberitahu, setiap inisiatif kecil yang dijalankan mampu membawa kesan besar sekiranya dilaksanakan dengan komitmen dan perancangan yang teliti.

“Gunakan peruntukan ini dengan sebaiknya, laksanakan program atau aktiviti yang memberi manfaat kepada masyarakat serta mampu meninggalkan kesan positif jangka panjang. 

“Saya juga ingin menegaskan bahawa, saya akan terus menyokong usaha persatuan, jawatankuasa dan biro yang terlibat demi kebaikan rakyat kawasan ini,” jelasnya.

Beliau turut berharap agar setiap penerima dapat menjadikan sumbangan ini sebagai pemangkin kepada pembangunan sosial, kebudayaan, pendidikan, dan kemasyarakatan di kawasan Daro, sekali gus memastikan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.

Pada majlis tersebut, sebanyak 17 persatuan, jawatankuasa dan BIRO di bawah kawasan N.43 Daro menerima geran MRP dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM74,000. 

Turut hadir Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Matu Daro, Faizol Hashim, wakil Pegawai Daerah Daro, Mohammad Madzihi Mohd Musa, Kaunselor Hamden Taha dan Kaunselor Mohd Suffian Fauzi.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sibu bakal jadi hab kandungan digital dan kreatif Sarawak
Next: KRT, JKKK Kampung Patingan perkukuh jalinan komuniti di Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.