Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kemalangan libatkan dua kenderaan di Jalan Matang
  • KEMALANGAN

Kemalangan libatkan dua kenderaan di Jalan Matang

Utusan Sarawak 12 hours ago
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa kemalangan. Foto Bomba

PETRA JAYA: Satu kemalangan jalan raya melibatkan dua kenderaan berlaku di Jalan Matang menghala ke Politeknik Kuching, hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada 9.28 pagi.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dengan kekuatan anggota yang diketuai PBK II Awang Ismail Awang Masri segera dikerahkan ke lokasi sejauh 20 kilometer dan tiba pada 9.49 pagi.

MANGSA kemalangan dihantar ke hospital. Foto Bomba

Kemalangan tersebut melibatkan sebuah Proton Wira yang dinaiki dua lelaki dewasa dan sebuah Perodua Bezza yang dipandu oleh seorang lelaki dewasa.

Kesemua mangsa mengalami cedera ringan dan berjaya dikeluarkan dengan selamat oleh pasukan penyelamat sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 10.35 pagi selepas pasukan bomba memastikan keadaan di lokasi berada dalam keadaan selamat.

Oleh Amanda L

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Pesawat F/A-18D Hornet TUDM terlibat kemalangan di Pangkalan Udara Kuantan
Next: Warga emas cedera kereta terbabas langgar pokok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.