Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PM Anwar terima Deklarasi Majlis Cendekiawan MADANI
  • NASIONAL

PM Anwar terima Deklarasi Majlis Cendekiawan MADANI

Utusan Sarawak 7 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) menerima Deklarasi Majlis Cendiakawan MADANI Malaysia Indonesia 2025 daripada Pengerusi Pusat Dialog dan Kerjasama antara Tamadun Indonesia Prof Dr M. Din Syamsuddin (kiri) selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra hari ini. Turut kelihatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (tiga, kanan) dan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Prof. Madya Datuk Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil (dua, kiri). Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima Deklarasi Majlis Cendekiawan MADANI Malaysia-Indonesia (MALINDO MADANI) yang disifatkan sebagai rangkuman terbaik hasil sarjana kedua-dua negara. 

Deklarasi yang mengandungi lima perkara utama itu diserahkan oleh Pengerusi Pusat Dialog dan Kerjasama Antara Tamadun Indonesia Profesor Dr M Din Syamsuddin pada majlis di Masjid Putra di sini.

Antara perkara yang diketengahkan dalam deklarasi tersebut ialah potensi peradaban Melayu-Islam untuk terus dikembangkan, keutamaan keseimbangan alam sekitar berbanding eksploitasi, serta pemulihan keseimbangan psikologi individu dan masyarakat.

MALINDO MADANI merupakan inisiatif strategik yang menghimpunkan para sarjana, pemimpin pertubuhan Islam, pembuat dasar, dan tokoh masyarakat dari Malaysia-Indonesia serta negara serantau bagi membincangkan agenda peradaban berteraskan nilai Malaysia MADANI.

Pelaksanaan MALINDO MADANI turut menjadi wadah memperkukuh persefahaman rentas budaya dan agama, memartabatkan nilai keilmuan, serta mengangkat peranan Islam sebagai rahmat untuk seluruh alam di peringkat Nusantara dan global.

Terdahulu, Anwar menunaikan solat Jumaat, bacaan Qunut Nazilah serta solat hajat di Masjid Putra bersama lebih 4,000 jemaah bagi mendoakan kesejahteraan umat Islam di Gaza.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Timbalan Menterinya Dr Zulkifli Hasan, serta Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Prof Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil. 

Khutbah bertajuk “Bangkit Membela Teguh Bersaudara” disampaikan oleh Imam Besar Masjid Putra, Dr Muhammad Zakuwa bin Rodzali.– Bernama

Continue Reading

Previous: Akta 283 berkuat kuasa hari ini – KP AADK
Next: Polis sahkan dua pelajar maut jatuh kondominium, siasat dakwaan buli

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.