

Ops Mahir yang dijalankan oleh JIM Kuching di dua tapak pembinaan sekitar bandar raya Kuching, hari ini. Foto: Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak
KUCHING: Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuching berjaya menahan seramai 102 pendatang asing dalam satu operasi khas yang dikenali sebagai Ops Mahir, di dua tapak pembinaan sekitar bandar raya ini, hari ini.
Menurut kenyataan JIM Sarawak, operasi yang bermula 1.30 petang itu digerakkan hasil aduan awam dan risikan berterusan oleh pasukan penguat kuasa.


Ops Mahir yang dijalankan oleh JIM Kuching di dua tapak pembinaan sekitar bandar raya Kuching, hari ini. Foto: Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak
“Daripada 215 individu yang diperiksa, seramai 102 ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Tangkapan melibatkan 86 lelaki dan 16 wanita,” jelas kenyataan tersebut.
Kesemua yang ditahan kini ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen sementara menunggu siasatan lanjut.
JIM Sarawak menegaskan, tindakan tegas tanpa kompromi akan terus dilaksanakan bagi memastikan warga asing yang bekerja di negara ini mematuhi peraturan dan undang-undang sedia ada.


Ops Mahir yang dijalankan oleh JIM Kuching di dua tapak pembinaan sekitar bandar raya Kuching, hari ini. Foto: Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak
“Operasi seperti Ops Mahir akan diteruskan secara berkala. Kami juga menyeru orang ramai supaya menyalurkan maklumat sekiranya terdapat aktiviti mencurigakan berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI) di sekitar kawasan masing-masing,” tambah kenyataan itu.
Pada masa sama, masyarakat turut diingatkan agar tidak melindungi atau menggaji PATI kerana perbuatan tersebut juga boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Oleh Adi Safarman