Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program LCDA Prihatin ringankan beban 71 penerima di Kampung Santubong
  • WILAYAH

Program LCDA Prihatin ringankan beban 71 penerima di Kampung Santubong

Utusan Sarawak 1 day ago
PENGURUS Besar LCDA, Datu Sr Zaidi Mahdi menyempurnakan majlis penyerahan beduk serta agihan sumbangan kepada 71 penerima di Masjid Nurir Rahmani, Kampung Santubong hari ini. Foto LCDA 

SANTUBONG: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) melalui inisiatif tahunan LCDA Prihatin mengadakan majlis penyerahan beduk serta agihan sumbangan di Masjid Nurir Rahmani, Kampung Santubong hari ini yang disempurnakan oleh Pengurus Besar LCDA, Datu Sr Zaidi Mahdi. 

Program bertemakan ‘Memperkukuh Kelestarian, Membangun Bersama Komuniti’ itu merupakan sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) LCDA yang menekankan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

LCDA Prihatin memberi tumpuan kepada aspek sosial dan kesejahteraan komuniti dengan sasaran memberi impak positif kepada masyarakat setempat. 

Sebagai tanda keprihatinan, LCDA menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 71 penerima terdiri daripada golongan kurang berkemampuan di Kampung Santubong serta menyerahkan sebuah beduk sebagai kelengkapan ibadah kepada Masjid Nurir Rahmani.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Kaum Kampung Santubong, Hardy Morni; Pengerusi Jawatankuasa Masjid Nurir Rahmani, Safiudin Matsah; Pegawai Dakwah Latihan dan Pembangunan Hikmah, Ustaz Sarbini Dahlan; pegawai-pegawai kanan LCDA; Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Santubong; serta penduduk Kampung Santubong dan warga LCDA.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hospital Sri Aman, BBP Sri Aman anjur Program Wira Wangsa Kerja Berpasukan
Next: Penerima Knight of the Order of St Sylvester, Sir Adrian Ringgau meninggal dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.