Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hospital Sri Aman, BBP Sri Aman anjur Program Wira Wangsa Kerja Berpasukan
  • WILAYAH

Hospital Sri Aman, BBP Sri Aman anjur Program Wira Wangsa Kerja Berpasukan

Utusan Sarawak 1 day ago
DUA siri Program Wira Wangsa Kerja Berpasukan dengan kerjasama BBP Sri Aman, baru-baru ini. Foto Facebook Hospital Sri Aman

SIMANGGANG: Hospital Sri Aman melalui Unit Psikologi Kaunseling dan Unit Komunikasi Korporat terus melangkah ke hadapan dalam memperkukuh budaya kerja berpasukan apabila berjaya menganjurkan dua siri Program Wira Wangsa Kerja Berpasukan dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman.

Menyatukan tenaga dua agensi penting itu, program ini disertai oleh warga kerja Hospital Sri Aman bersama anggota bomba, sekali gus memperlihatkan semangat kolaborasi yang erat dalam mendukung misi perkhidmatan awam untuk masyarakat.

DUA siri Program Wira Wangsa Kerja Berpasukan dengan kerjasama BBP Sri Aman, baru-baru ini. Foto Facebook Hospital Sri Aman

Program ini menekankan objektif utama seperti memperkasa komunikasi kakitangan, mengukuhkan kerjasama pasukan, meningkatkan kesedaran tentang profesion menolong, serta membudayakan sifat penyayang dalam memberi khidmat kepada rakyat.

Lebih daripada itu, peserta turut diasah dengan kemahiran berfikir secara kritis dan membuat keputusan tepat dalam konteks psikososial, selaras dengan cabaran tugasan profesional kesihatan dan penyelamatan.

DUA siri Program Wira Wangsa Kerja Berpasukan dengan kerjasama BBP Sri Aman, baru-baru ini. Foto Facebook Hospital Sri Aman

Program ini dibimbing oleh Ketua Fasilitator, Siti Norain@Anne Mohd Yassin@Matiasin, dengan sokongan barisan fasilitator daripada Hospital Sri Aman dan BBP Sri Aman yang memastikan pengisian berjalan penuh berkesan.

Majlis penutupan disempurnakan oleh Timbalan Pengarah I, Hospital Sri Aman, Dr Sim Poh Ling yang hadir mewakili Pengarah Hospital Sri Aman. Turut hadir, Ketua BBP Sri Aman, Andrew Vengitasamy.

Hospital Sri Aman dalam kenyataannya merakamkan penghargaan atas kerjasama semua pihak. Program ini diharap menjadi jambatan strategik antara agensi serta mampu memperkukuh nilai profesionalisme dan budaya penyayang demi kesejahteraan masyarakat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MPP pledges full support to police in combating illegal activities in Padawan
Next: Program LCDA Prihatin ringankan beban 71 penerima di Kampung Santubong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.