Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • AirBorneo lancar logo rasmi ‘Wings of Unity’
  • SEMASA

AirBorneo lancar logo rasmi ‘Wings of Unity’

Utusan Sarawak 2 days ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan majlis melancarkan logo rasmi AirBorneo yang dikenali sebagai ‘Wings of Unity’ di Kompleks Satria Pertiwi hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Syarikat penerbangan milik Sarawak, AirBorneo melancarkan logo rasminya yang dikenali sebagai ‘Wings of Unity’ dalam satu majlis di Kompleks Satria Pertiwi hari ini.

Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sekali gus menandakan pencapaian penting menjelang permulaan operasi AirBorneo pada Januari 2026.

Logo baharu itu dengan slogan ‘Borneo For You’ mencerminkan visi AirBorneo untuk menghubungkan Sarawak dengan dunia melalui perjalanan berlandaskan tujuan, meraikan budaya serta menjadi jambatan antara komuniti awam dan perniagaan merentasi benua.

Identiti jenama yang dibangunkan menampilkan warna serta motif Sarawak sebagai simbol perpaduan dan kepelbagaian.

‘Wings of Unity’ diilhamkan daripada alam semula jadi dan denyut nadi budaya Sarawak yang mana rekaannya melambangkan kebebasan serta keterhubungan yang didefinisikan oleh perjalanan.

Seperti sungai, ia mencerminkan inovasi sentiasa bergerak ke hadapan dan mencipta laluan baharu di langit.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan majlis melancarkan logo rasmi AirBorneo yang dikenali sebagai ‘Wings of Unity’ di Kompleks Satria Pertiwi hari ini. Foto UKAS

Asasnya pula berpaksikan akar yang menjadi peringatan kepada warisan Sarawak yang membentuk penyelesaian moden, menghormati masa lalu sambil meraikan masa depan.

Keseluruhan elemen berasaskan alam ini membentuk identiti visual yang melambangkan keharmonian, ketahanan dan kemajuan iaitu nilai teras AirBorneo.

Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Pengerusi AirBorneo Holdings Sdn Bhd, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dalam kenyataan yang dikeluarkan menyifatkan logo itu sebagai lebih daripada sekadar rekaan.

Katanya, ia adalah janji untuk menghubungkan Borneo dengan dunia secara tulen, inklusif dan berteraskan tujuan, selari dengan visi Premier Sarawak untuk meningkatkan keterhubungan serantau, pertumbuhan ekonomi dan kebanggaan budaya.

Menurut kenyataan itu lagi, Premier Sarawak memuji AirBorneo sebagai simbol keyakinan terhadap kedudukan Sarawak di persada global sambil menambah, syarikat penerbangan itu akan memainkan peranan penting dalam menjayakan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) melalui pemerkasaan hubungan udara ASEAN, peluang pekerjaan, peningkatan infrastruktur, sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta pencapaian sasaran pertumbuhan ekonomi.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: JBIC lihat Sarawak sebagai destinasi FDI berpotensi tinggi
Next: Premier Sarawak bakal rasmi Persidangan Rabies Borneo 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.