Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Ops Sohor: Kegiatan seludup berkemungkinan didalangi segelintir penguat kuasa
  • JENAYAH

Ops Sohor: Kegiatan seludup berkemungkinan didalangi segelintir penguat kuasa

Utusan Sarawak 15 hours ago

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah selesai mengambil keterangan 10 individu dan 14 syarikat yang dipercayai terlibat sindiket penyeludupan tembakau, rokok serta cerut.

Sindiket itu menyebabkan kerugian kepada hasil negara dianggarkan lebih RM250 juta bagi tempoh 2020 hingga 2024.

Menurut sumber SPRM, sindiket itu dipercayai menggunakan taktik pengisytiharan palsu semasa proses import dengan menukar kod kastam atau butiran barang.

Beliau berkata rokok dan cerut yang diseludup disimpan di gudang persendirian, sebelum diagihkan ke pasaran.

“Berdasarkan siasatan awal, kegiatan penyeludupan ini berkemungkinan turut didalangi segelintir penguat kuasa yang memberi laluan mudah untuk menyeludup barangan berkenaan di pintu masuk negara, selain melindungi operasi gudang penyimpanan dan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan,” kata sumber itu.

Sumber itu memaklumkan bayaran kepada penguat kuasa terlibat dipercayai dibuat secara tetap melalui wang tunai atau orang tengah bagi mengaburi jejak kewangan.

“Perkara yang dibimbangkan ialah sindiket ini dipercayai turut mempunyai kaitan langsung dengan kumpulan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditahan dalam Ops Sohor pada 14 Ogos, menunjukkan wujudnya rangkaian perlindungan yang lebih luas,” katanya.

Pada Selasa, Bahagian Operasi Khas SPRM dengan kerjasama strategik melibatkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM), telah menggempur beberapa premis di sekitar Lembah Klang dan Johor menerusi Ops Sikaro, bagi membanteras kegiatan penyeludupan tembakau, rokok serta cerut.

Siasatan itu kini difokuskan kepada kesalahan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4(1) Akta AMLATFPUAA 2001.

Susulan operasi itu, SPRM telah membekukan beberapa akaun bank milik persendirian dan akaun syarikat melibatkan nilai kira-kira RM218 juta dan sedang menyiasat bagi mengesan aset lain yang diperoleh melalui aktiviti pengubahan wang haram oleh pegawai kastam yang disyaki terlibat, serta syarikat pengimport.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi menyatakan komitmen SPRM untuk meneruskan siasatan secara menyeluruh.

“SPRM tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti yang menjejaskan integriti sistem kawalan negara serta menyebabkan ketirisan hasil negara,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: SFC, Polis Marin berjaya bongkar dua kes pemilikan telur penyu haram
Next: 47 PATI ditahan Ops Sapu di Lundu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.