Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Nilai kerosakan akibat kebakaran hutan di Sepanyol dianggarkan AS$700 juta – Laporan
  • GLOBAL

Nilai kerosakan akibat kebakaran hutan di Sepanyol dianggarkan AS$700 juta – Laporan

Utusan Sarawak 1 day ago

PENDUDUK menyaksikan kebakaran marak ke arah perkampungan Rebordondo, berhampiran Ourense, di barat laut Sepanyol. Foto Ap

MOSCOW: Kebakaran hutan di Sepanyol telah menyebabkan kerosakan langsung kepada sektor pertanian dan ternakan bernilai sekurang-kurangnya €600 juta (AS$700 juta), lapor akhbar El Periodico pada Rabu, memetik data daripada persatuan pertanian Sepanyol COAG, menurut Sputnik/RIA Novosti.

Industri yang paling teruk terjejas dilaporkan ialah penternakan lebah. Kebakaran itu memusnahkan kira-kira 10,000 sarang lebah, manakala kehilangan tumbuh-tumbuhan menyebabkan lebah kehilangan sumber makanan untuk tahun-tahun akan datang, menurut laporan itu.

Penternak juga menghadapi masalah. ribuan hektar padang ragut musnah terbakar, dan kini pemilik lembu, biri-biri, dan kambing terpaksa membeli makanan ternakan untuk tempoh sekurang-kurangnya setahun. Pada masa sama, adalah mustahil untuk menganggarkan jumlah haiwan yang mati dalam kebakaran itu, lapor El Periodico.

Sementara itu, kesatuan petani Union de Uniones mendesak agar pihak berkuasa mengubah pendekatan mereka terhadap pengurusan hutan, memperkukuh langkah pencegahan dan pembersihan hutan. 

Pada Isnin, perkhidmatan pemantauan perubahan iklim Eropah, Copernicus menunjukkan bahawa keluasan kawasan yang terjejas akibat kebakaran hutan di Sepanyol telah mencecah 344,417 hektar (851,000 ekar) sejak awal tahun ini sekali gus mengatasi rekod 2022 yang sebelum ini dianggap paling teruk dari segi kebakaran di EU dengan keluasan 306,555 hektar.– Bernama-Sputnik/RIA Novosti

Continue Reading

Previous: Banjir di Niger ragut 47 nyawa, lebih 56,000 hilang tempat tinggal
Next: Kediaman, sekolah rosak akibat gempa bumi di Jawa Barat – Agensi Bencana Indonesia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.