Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Harga diesel di Semenanjung turun 5 sen – MOF
  • NASIONAL

Harga diesel di Semenanjung turun 5 sen – MOF

Utusan Sarawak 14 hours ago

KUALA LUMPUR: Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turun lima sen kepada RM2.85 seliter bagi tempoh seminggu bermula esok (21-27 Ogos).  

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penurunan itu seiring dengan perubahan harga pasaran minyak dunia.

Menurut MOF harga runcit bagi RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada harga RM3.13 seliter dan RM2.05 seliter manakala harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

Kenyataan itu memaklumkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut MOF. — Bernama

Continue Reading

Previous: Akta Kanak-Kanak lindungi semua mangsa, tertuduh, saksi
Next: KPWKM sedia beri input cadangan penubuhan tribunal demi kebaikan kanak-kanak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.