Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Cadangan tubuh tribunal bagi kes buli kanak-kanak akan dibawa ke kabinet – PM Anwar
  • NASIONAL

Cadangan tubuh tribunal bagi kes buli kanak-kanak akan dibawa ke kabinet – PM Anwar

Utusan Sarawak 16 hours ago
PERDANA Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab pertanyaan media selepas hadir pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan hari ini. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Cadangan untuk menubuhkan tribunal berhubung kes buli membabitkan pelajar dan kanak-kanak akan dibawa ke mesyuarat Kabinet, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said akan membawa cadangan itu dalam mesyuarat Kabinet nanti.

“Kita akan bincang di Kabinet,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis hari ini ialah Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) Datuk Johan Mahmood Merican.

Azalina sebelum ini dilaporkan berkata bahawa kerajaan akan meneliti keperluan untuk menggubal Akta Anti-Buli yang memberi penekanan kepada penubuhan sebuah tribunal, bagi mendengar kes buli melibatkan pelajar dan kanak-kanak.

Beliau berkata pada masa ini, tiada definisi khusus atau hukuman yang jelas berkaitan kesalahan buli di bawah mana-mana peruntukan undang-undang.

“Perkataan ‘buli’ tidak dinyatakan secara khusus dalam Kanun Keseksaan, tetapi saya agak lega apabila kita telah meminda dan memperkenalkan Seksyen 507B hingga 507G Kanun Keseksaan,” kata Azalina pada satu majlis semalam.– Bernama

Continue Reading

Previous: TUDM sahkan pendaratan kecemasan pesawat latihan di LTSAH
Next: Mindef tumpu tingkatkan pos kawalan sempadan Malaysia – Kalimantan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.