Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Keputusan SPMU 2025 diumum esok – KPM
  • PENDIDIKAN

Keputusan SPMU 2025 diumum esok – KPM

Utusan Sarawak 16 hours ago

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2025 akan diumumkan esok, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

KPM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa sebanyak 10,049 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut, yang dilaksanakan di 186 pusat peperiksaan di seluruh negara.

“Calon boleh membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU Tahun 2025 bermula 21 hingga 27 Ogos 2025, pukul 10.00 pagi sehingga 6.00 petang,” menurut kenyataan itu.

Semakan keputusan boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman sesawang myresultspmu.moe.gov.my atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPMU diikuti nombor kad pengenalan dan angka giliran kemudian dihantar ke 15888.

“KPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon atas keputusan peperiksaan SPMU bagi tahun 2025,” menurut kenyataan itu.– Bernama

Continue Reading

Previous: Disiplin kunci kejayaan generasi muda – Sangin Juat
Next: Politeknik Mukah juara Pertandingan Video Pendek

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.