Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
  • BISNES

Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati

Utusan Sarawak 17 hours ago

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan sentimen berhati-hati menjelang ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed), Jerome Powell di Simposium Jackson Hole pada Jumaat ini.

Pada 8.00 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.2215/2420 berbanding 4.2215/2255 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) mengalami turun naik antara paras terendah 97.95 hingga setinggi 98.29 mata apabila para pelabur mengambil pendekatan berhati-hati menjelang ucapan Powell.

Beliau berkata kalangan peserta pasaran sedang mencari petunjuk berkenaan pendirian Fed mengenai dasar monetari serta pengaruh dasar itu terhadap keputusan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Fed (FOMC) yang dijadualkan pada 16 dan 17 September ini.

“Pasaran kini menjangkakan kemungkinan yang tinggi bagi pengurangan kadar faedah sebanyak 25 mata asas (bps).

“Oleh itu, hasil Perbendaharaan AS berjangka dua tahun dan 10 tahun masing-masing turun sebanyak dua mata asas dan empat mata asas untuk ditutup pada 3.75 peratus dan 4.30 peratus,” katanya kepada Bernama.

Simposium Dasar Ekonomi Jackson Hole akan diadakan pada 21 hingga 23 Ogos, dengan tema “Labour Markets in Transition: Demographics, Productivity and Macroeconomic Policy” (Pasaran Buruh dalam Peralihan: Demografi, Produktiviti dan Dasar Makroekonomi).

Semalam, ringgit ditutup pada RM4.2235, susut 0.04 peratus berbanding dolar AS.

Oleh yang demikian, Mohd Afzanizam menjangkakan ringgit mengekalkan trajektori antara RM4.22 hingga RM4.23 hari ini.

Ringgit dibuka tinggi kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding pound British kepada 5.6923/7199 daripada 5.7066/7120 ketika ditutup semalam namun, rendah berbanding yen Jepun kepada 2.8578/8718 daripada 2.8572/8601.

Ringgit turut naik berbanding euro kepada 4.9147/9385 daripada 4.9307/9354.

Pada masa sama, mata wang tempatan didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN lain.

Unit domestik lebih kukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2844/3007 daripada 3.2901/2935 ketika ditutup pada Selasa, dan tinggi berbanding baht Thailand kepada 12.9498/13.0195 daripada 12.9848/13.0027.

Ringgit kekal tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.39/7.43 daripada 7.39/7.40 semalam, dan turut mendatar berbanding rupiah Indonesia pada 259.8/261.2 daripada 259.8/260.2.– Bernama

Continue Reading

Previous: Harga minyak sawit mentah dijangka kekal lebihi RM4,300 satu tan
Next: Bursa Malaysia dibuka sedikit rendah susulan pengambilan untung sederhana

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.