Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Arsenal langkah kanan, United tersungkur di Old Trafford
  • SUKAN

Arsenal langkah kanan, United tersungkur di Old Trafford

Utusan Sarawak 3 days ago

Calafiori ledak gol kemenangan Arsenal ke atas United di Old Trafford.

LONDON: Arsenal memulakan misi memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan langkah kanan selepas jaringan Riccardo Calafiori memastikan kemenangan 1-0 ke atas Manchester United, awal pagi tadi. 

Selepas menamatkan saingan di tangga kedua tiga musim berturut-turut, tekanan kini terarah kepada pengendali Arsenal, Mikel Arteta untuk menghadiahkan gelaran liga pertama sejak musim 2003/04.

The Gunners tidak menampilkan aksi meyakinkan di Old Trafford namun tetap membawa pulang tiga mata hasil kesilapan besar penjaga gol sementara United, Altay Bayindir.

Penjaga gol Turkiye itu gagal menampan sepakan penjuru Declan Rice pada minit ke-13 sekali gus membolehkan Calafiori menanduk masuk bola ke gawang terbuka.

United menurunkan ketiga-tiga tonggak serangan baharu mereka bernilai £200 juta (RM1.27 bilion) iaitu Matheus Cunha, Bryan Mbeumo dan Benjamin Sesko, namun gagal melepasi benteng pertahanan terbaik liga, dua musim berturut-turut.

United cuba bangkit dengan beberapa percubaan termasuk rembatan deras Patrick Dorgu pada minit ke-30 yang sekadar singgah di tiang gol manakala percubaan Matheus Cunha tiga minit kemudian diselamatkan penjaga gol Arsenal, David Raya.

Perlawanan itu turut menyaksikan kehebatan Raya yang cemerlang menafikan percubaan Cunha dan Mbeumo.

Kali terakhir Red Devils menewaskan Arsenal dalam saingan utama itu adalah ketika menang 3-1 pada 2022 dan selepas itu mereka hanya seri sekali dan tewas lima kali termasuk awal pagi tadi.

Keputusan itu turut menyaksikan United gagal mengulangi sejarah musim 1989-90 yang mana mereka menewaskan The Gunners 4-1 ketika itu dan ia menjadi satu-satunya pertemuan di hari pembukaan liga antara kedua-dua pasukan di Old Trafford.

Skuad kendalian Ruben Amorim yang mengalami detik paling buruk musim lalu apabila menamatkan saingan liga di tangga ke-15 liga bermula dengan persembahan meyakinkan pada awal permainan. – AFP

Continue Reading

Previous: Aqib X Kampung Boy FC tempah slot separuh akhir, ikat LA United 1-1
Next: Chelsea sekadar seri tanpa jaringan lawan Palace

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.